5 CARA MENDAPATKAN MOTIVASI UNTUK KE GIM
Tetapkan matlamat dan cabaran yang ingin dilakukan
Salah satu cara untuk kekal bermotivasi adalah dengan mempunyai matlamat yang jelas. Contohnya, menurunkan berat badan, membina otot, atau senaman ringan yang tidak terlalu memberi tekanan kepada tubuh badan. Matlamat ini boleh berubah-ubah secara mingguan mahupun bulanan, namun sewajarnya setiap matlamat yang ditetapkan perlu anda capai mengikut garis masa anda tersendiri. Disamping itu, anda juga boleh menyelitkan senaman yang memberi cabaran kepada diri. Aktiviti ini akan membolehkan anda untuk berusaha untuk mengatasi had dan limitasi keupayaan diri anda ketika berada di gim.

Foto oleh Victor Freitas dari Unsplash
Berlatih dengan lebih ramai orang
Jika tidak datang ke gim dengan orang yang anda kenali, cubalah untuk berkenalan dengan orang yang baharu. Mungkin pada mulanya agak kekok, namun hal ini sangat membantu dalam memotivasikan diri anda. Jangan risau, semua yang ke gim secara dasarnya mempunyai matlamat yang sama. Jadi dengan membentuk kumpulan atau membina kenalan baharu, anda akan lebih termotivasi kerana boleh membantu dan menyokong sesama sendiri. Walaupun ramai yang lebih gemar untuk berlatih secara bersendirian, amalan bersosial sekali-sekala juga penting; sekurang-kurangnya dapat mendedahkan anda kepada ilmu dan pengetahuan yang baharu.
Baca artikel berkaitan: RUTIN SENAMAN KEGEL MENGUATKAN ‘SENJATA’ LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











