5 DEODORAN PILIHAN UNTUK PELINDUNG BAWAH LENGAN
Tidak kiralah serumit atau sesempurna mana rutin penjagaan kulit anda, tapi usah ketepikan hal penggunaan deodoran. Kebersihan dan kesegaran bawah lengan adalah hal yang patut menjadi keutamaan. Sudah nak masuk tahun 2021, tapi masalah bau badan di kalangan lelaki masih ada.
Deodoran datang dalam perlbagai jenis, ada yang jenis salap, krim dan semburan. Pilih sahaja yang berpadanan dengan keselesaan. Untuk memudahkan anda, letak sahaja deodoran di dalam kamar mandi, usai bersiram dan keringkan badan, terus semburkan sahaja. Kemudian barulah dilakukan rutin-rutin lain. Lagi satu, elakkan menyembur meinyak wangi di bawah lengan ya, bahan kandungannya tidak sama dengan deodoran, sebab itulah ada sesetengah lelaki baunya menjadi tengik walaupun mereka sudah menyembur haruman. Glam Lelaki senaraikan lima deodoran, pilihlah yang mana berkenan.

Kiehl’s Superbly Efficient Anti-Perspirant and Deodorant, RM78
Saya memang pengguna deodoran Jenis krim ini. Sudah hampir setahun menggunakannya, dan saya memang cadangkan untuk anda cuba. Berpandukan pengalaman ia membuat bawah lengan bebas bau peluh dan palings aya suka ia tidak menyebabkan kesan kuning pada baju. Ia mengandungi campuran oren dan lemon tapi ia tidak mempunyai sebarang bau. Menurut Kiehl’s ini memang antara deodoran kegemaran pelanggan setia mereka.

Jack Black Pit Boss Antiperspirant & Deodorant, RM75
Formulanya lembut dan ringan, melindungi bawah lengan dari kebasahan dan masalah bau yang tidak menyenangkan. Ia juga tidak menyebabkan iritasi seperti sesetengah deodoran lain. Teksturnya jernih, meluncur laju tanpa kesan pada pakaian.

Clinique For Men Antiperspirant Deodorant Roll-On, RM78
Saya memang penggemar Haruman Clinique Happy for Men, baunya Segar dan betul-betul buat mood berasa senang. Deodoran ini tidak melekit, bebas Haruman dan ia juga tidak mempunyai paraben.

Malin+Goetz BERGAMOT DEODORANT, RM115
Saya suka bau bergamot, baunya lembut dan tidak mencucuk hidung. Deodoran dari Malin+Goetz ini tidak mengandungi alkohol, soda penaik, paraben mahupun pewangi tiruan. Ia mendapat manfaat penjagaan daripada ekstrak bergamot dan probiotic enzymes yang meneutralkan bau badan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang berkulit sensitif.

Nivea Men Sport Spray, RM14
Ia mengandungi mineral kompleks yang memberikan kesegaran biarpun selepas aktiviti bersukan. Ia mengandungi perlindungan antiperspirant 48 jam. Ia bebas alkohol dan punya aroma yang cukup maskulin. Harganya juga mesra poket.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026











