Skip to content

sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Kongsikan artikel ini

Pemilihan makanan yang betul ketika sahur adalah sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan sepanjang berpuasa Ramadan ini.

Berat badan kekal sama selepas sebulan berpuasa? Ini mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan ketika berbuka puasa ataupun pemilihan makanan sahur yang salah. Pemilihan makanan yang betul ketika bersahur adalah sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan sepanjang bulan Ramadan.

Sebagai seorang Muslim dalam dunia moden hari ini, pemilihan makanan yang mempunyai nutrisi tinggi dapat memberikan lebih fokus sepanjang hari untuk bekerja. Ia juga dapat mengelakkan rasa tidak selesa dan angin pada perut. Lantas, badan anda akan berasa bertenaga dan penuh energi untuk menempuhi bulan Ramadan yang panas dan lembap.

Ramadan adalah bulan untuk mengamalkan disiplin dalam semua perkara, terutamanya dalam pemakanan. Ketika bersahur, anda digalakkan untuk memilih makanan yang berkhasiat. Jika tidak, ia dapat meningkatkan kadar lemak dan mengurangkan aras energi badan. Perut juga akan berasa tidak selesa dan kembung

Berikut adalah 5 jenis makanan yang perlu anda elak ketika bersahur sepanjang bulan Ramadan:

1. Teh atau Kopi Bergula

Minuman bergula seperti teh dan kopi akan mudah membuat anda dehidrasi, terutamanya kopi. Ini kerana pengambilan air bergula pada waktu sahur akan meningkatkan kandungan gula dalam darah yang tinggi kepada badan. Dan ia akan mula berkurangan secara mendadak ketika berpuasa. Lantas, anda akan berasa letih dan lapar sepanjang hari nanti. Jus buah dan minuman soda juga perlu dielakkan kala bersahur.

2. Makanan Berminyak

Roti canai, makanan bergoreng dan nasi beriani akan membuat perut anda berasa kembung dan angin. Oleh itu, perut anda akan berasa tidak selesa sepanjang hari. Ia akan mengganggu fokus untuk bekerja kerana minyak yang berlebihan dalam badan.

3. Roti Putih

Roti adalah antara makanan yang mudah dan enak untuk di makan pada waktu pagi. Terutamanya bila dimakan bersama telur. Tetapi, kadar karbohidrat yang tinggi dalam roti akan menyumbangkan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Ia sama seperti minuman bergula, kandungan gula dalam darah yang berkurangan akan membuat anda berasa letih dan lapar nanti.

4. Kuah Kari

Sup yang berminyak dan kuah kari yang pekat pastinya menjadi pilihan sajian bersahur yang menyelerakan. Tetapi, sajian yang mempunyai bahan-bahan seperti minyak berlebihan dan kekacang dapat memberikan masalah ketakcernaan dan angin. Ini akan memberikan kesan kepada badan anda sepanjang hari untuk berpuasa.

5. Bijirin Sarapan

Sama seperti roti, bijirin atau cereal adalah makanan sarapan pagi yang mudah dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi yang tidak selera untuk menjamu makanan yang ‘berat’ ketika bersahur. Bijiran sarapan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Oleh itu, badan anda akan cepat berasa lemah dan lapar apabila kandungan gula dalam badan berkurangan.

 

Buat anda yang tidak bersahur, pastikan juadah berbuka puasa merangkumi makanan berkhasiat yang rendah lemak dan mempunyai kandungan protein yang tinggi. Amalan bersederhana perlu diamalkan dalam pemakanan sepanjang bulan Ramadan.

 

Baca lebih lanjut: 4 TIP ELAK MULUT BERBAU KETIKA BULAN PUASA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE

ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU

Bacaan Lanjut

THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS

Bacaan Lanjut
M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut