8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI
Grooming merupakan perkara yang amat penting buat lelaki yang ingin menjaga peribadi dan rupa diri di hadapan orang ramai.
Dalam dunia moden hari ini, penampilan bukan sekadar soal gaya, tetapi juga mencerminkan keyakinan, disiplin diri, dan cara kita menghargai diri sendiri. Grooming bukan lagi sesuatu yang eksklusif untuk wanita. Lelaki juga perlu memberi perhatian kepada penjagaan diri agar sentiasa kelihatan segar, kemas, dan profesional. Sama ada untuk urusan kerja, sosial, atau sekadar mahu rasa selesa dengan diri sendiri, grooming memainkan peranan besar dalam membentuk imej yang baik untuk lelaki. Terdapat beberapa sebab mengapa grooming amat penting untuk lelaki. Sempena Hari Grooming Lelaki 2025, GLAM Lelaki akan berkongsi lapan sebab mengapa grooming penting buat lelaki.
#1 Meningkatkan Keyakinan Diri
Apabila anda berasa kemas dan segar, secara automatik keyakinan diri anda akan meningkat. Ini akan memberi kesan dari cara anda bercakap, bergerak, dan membawa diri kemana-mana.
#2 Mencipta Impresi Pertama yang Positif
Orang akan menilai anda dalam beberapa saat pertama, mungkin dalam masa tiga saat. Grooming dan persediaan diri yang baik memberi mesej bahawa anda seorang yang teratur dan menghargai penampilan diri.

#3 Profesionalisme di Tempat Kerja
Dalam dunia profesional, imej yang kemas membantu anda dilihat lebih serius dan berwibawa oleh rakan sekerja, majikan, atau klien. Jika anda kelihatan kusut, spekulasi mengenai diri anda akan dibuat dan menjejaskan imej serta profesionaliti anda.
#4 Menjaga Kesihatan Kulit & Rambut
Grooming melibatkan rutin penjagaan kulit dan rambut yang bukan sahaja membuat anda kelihatan baik, tetapi juga mencegah masalah seperti jerawat, kulit kering, atau kelemumur. Setiap satu dari masalah ini bakal memberi kesan dalam tahap keyakinan anda.

#5 Meningkatkan Daya Tarikan
Lelaki yang rapi cenderung dilihat lebih menarik. Bukan hanya secara fizikal, tetapi juga dari segi personaliti kerana ia menunjukkan perhatian pada butiran kecil. Wanita lebih tertarik kepada lelaki yang menjaga peribadi diri dan kemas kerana mereka akan kelihatan bertanggungjawab dan boleh menjadi tempat bergantung.
#6 Mengurangkan Bau Badan & Nafas Berbau
Kebersihan diri adalah asas grooming. Deodoran, ubat gigi, dan rutin mandi yang baik memastikan anda sentiasa segar dan selesa berinteraksi dengan orang lain. Bau badan dan nafas merupakan perkara paling perlu dijaga kerana ia memberi kesan kepada orang sekeliling.

#7 Membentuk Gaya Peribadi
Grooming membantu anda mengenali gaya sendiri. Dari gaya potongan rambut, gaya jambang, hingga pilihan wangian yang menjadi ‘signature’ anda. Dengan ini, anda boleh jumpa imej peribadi yang menjadi personaliti anda sebagai seorang lelaki.
#8 Mencerminkan Disiplin & Self-Care
Lelaki yang konsisten dalam grooming memberi isyarat bahawa mereka menghargai diri dan mampu menjaga hal-hal penting dalam hidup dengan teratur. Ia akan menjadi cerminan tentang bagaimana orang luar melihat diri anda sebagai seorang lelaki.

Pautan berkaitan: CARA MEMILIH GAYA POTONGAN RAMBUT MENGIKUT BENTUK MUKA LELAKI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.
5 PRODUK GROOMING LELAKI YANG MENJADI ‘HOLY GRAIL’ BUAT LELAKI
Bagi lelaki yang tahu nilai gaya dan keyakinan diri, memiliki produk grooming yang betul ibarat menemui holy grail peribadi.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.
RUTIN GROOMING LELAKI 2025: LEBIH DARIPADA ‘CUKUR & SIKAT’
Di tahun 2025 ini, rutin grooming lelaki telah berubah lebih mendalam dan terbuka buat lelaki-lelaki moden kini.
GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN
Han Pin terus menginspirasi generasi lelaki moden dengan visi, gaya dan kepimpinan yang luar biasa. Ini baru permulaan padanya.
DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN
Merayakan keberadaan haruman DIOR Sauvage, Johnny Depp tampil membintangi dalam filem Sauvage. Arahan oleh jurugambar, Jean-Baptiste Mondino.











