Skip to content

BAHAYA ALAHAN TERHADAP SENAMAN

Kongsikan artikel ini

Anda fikir senaman mampu memberikan kebaikan saja bukan? Anda silap. Buat mereka yang tertentu, senaman juga boleh menyebabkan alahan. Eh biar betul? Yup, berdasarkan laman sesawang toodia.com, alahan kepada senaman juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Anafilaksis.

Anafilaksis disebabkan senaman adalah suatu keadaan yang jarang berlaku serta serius di mana anafilaksis (tindak balas alahan yang teruk) berlaku semasa atau selepas aktiviti fizikal. Buat pengetahuan anda, gejala-gejalanya termasuklah kulit mengalami gatal dankemerah-merahan, kesukaran  untuk bernafas, dan masalah dengan saluran penghadaman, termasuk loya, kekejangan abdomen, dan cirit-birit.

Menurut Healthline terdapat beberapa jenis anafilaksis yang wajar anda ketahui:

  1. Anafilaksis semasa atau mengikuti latihan
  2. Anafilaksis disebabkan makanan serta senaman
  3. Terdapat juga kes-kes di mana alahan berlaku sebaik sahaja selepas makan dan bersenam.
  4. Setengah ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan ubat anti-radang boleh mencetuskan alahan seperti juga suhu, kelembapan, dan hormon yang melampau.

Menurut Emedicine, pencegahan adalah pilihan rawatan yang terbaik bagi pesakit penghidap anafilaksis  disebabkan senaman, (seperti mengurangkan aktiviti fizikal ke tahap yang lebih rendah boleh mengurangkan kekerapan serangan). Bagi pesakit yang mengalami alahan terhadap sesetengah makanan adalah dicadangkan bagi mereka untuk mengelakkan makanan pencetus selama 12 jam sebelum bersenam. Malah, pesakit harus mengelakkan  melakukan senaman dalam cuaca yang sangat lembap, panas atau sejuk  melampau. Pesakit harus dididik tentang pengunaan suntikan kecemasan (mengandungi epinephirine) yang betul.  (Antaranya adalah drenaclick, EpiPen, winject) serta sentiasa mempunyainya pada setiap waktu.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 29 September 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut