Skip to content

BAUAN KELAS ATASAN

Kongsikan artikel ini

Ini dia 3 wangian khas buat mereka yang bergelar ‘kelas atasan’. Harum dan ternyata menyegarkan. Pilih satu atau kesemuanya.

1.L’OCCITANE L’HOMME CEDRAT

Haruman segar bayu lautan dengan zesty cedrat menjadikan ia pewangi akuatik digaul bersama limau dan nota rempah berkayu diletakkan pada nota rendah. Nota sitrus dominan melatari haruman manakala nota mint memberi ‘kedinginan’ aroma walaupun anda menyemburnya pada cuaca panas. Pemakai wangian ini adalah seorang yang sentiasa memancarkan aura positif, impulsif daripada naluri ke luaran.

2. JEAN PAUL GAULTIER ESSENCES DE PARFUM, EDP, 125ML. RM473

Tubuh sempurna lelaki yang gagah menjadi bayangan botol Le male. Bertubuh Kristal kilat dan telus lambang cabaran yang hadir tanpa sempadan. Manakala emas pada penutup lambang harga diri yang mahal, serta pam penyembur menyatakan hal ketelitian. Le Male berat dengan nota sitrus pedas untuk membangkitkan sensual hasil kayu kayan mewah. Cardamom, lavender dan vanilla melengkapi keseluruhan nota Le Male.

 3. MAISON FRANCIS KURKDJIAN AQUA CELESTIA

Pereka bau ini memberikan kesegaran dalam bentuk yang baru iaitu melalui kapur asli Mexico, pedunia dingin daripada England dan blackcurrant daripada Burgundy. Bahan-bahan ini membentuk satu bahagian segar, dicampur bunga Mimosa daripada Provence dan kasturi yang melalui anggota hidung. Aqua Celestia melonjakkan kesegaran buah-buahan dan membentuk satu emosi dan deria yang harmoni. Ia ibarat kesegaran ‘syurga’ bak tuan pelimik bau ini.

 Oleh Editorial Glam Lelaki 

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut