Malu Dengan Bau Badan Sendiri? Ini 5 Tip Hilangkan Bau Badan Dengan Pantas
Pakaian sudah bergaya, muka sudah kacak tetapi isu bau badan boleh menjadi biggest turn off. Bau badan terjadi kerana bakteria dan peluh pada kulit anda. Jangan risau, kami ada cara hilangkan bau badan dengan mudah!
Jarang sebenarnya untuk kita perasan badan kita berbau kerana mungkin kita sudah terbiasa dengan bau tersebut. Tetapi ia satu isu yang boleh dikawal dengan menjaga kesihatan diri dengan baik. Tahukah anda bahawa bau badan berubah disebabkan oleh hormon, makanan, jangkitan, ubat ataupun penyakit seperti kencing manis.
Jika anda tidak pasti sekiranya badan anda berbau tengik atau kepam, minta pasangan atau teman-teman yang rapat untuk hidu. Warning, janganlah anda pula terasa sekiranya mereka memberitahu anda busuk.
5 CARA HILANGKAN BAU BADAN DENGAN MUDAH
Biasanya bau badan akan terus hilang selepas mandi, tetapi jika anda dapati bau melekat lama, lebih baik berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat.
Ini pula lima cara hilangkan bau badan yang sangat mudah, tidak menggunakan duit banyak dan boleh dilakukan setiap hari.
1. MANDI SETIAP HARI

Foto: Freepik
Ini langkah paling simple tetapi masih ramai malas mahu lakukannya lagi-lagi selepas balik daripada kerja ataupun bersukan. Untuk kurangkan bau badan, anda digalakkan untuk mandi dua kali sehari setiap hari.
Guna sabun bagi membersihkan kulit dan membuang daki. Jangan lupa untuk gosok bahagian ketiak, kemaluan dan kaki dengan sabun kerana ini antara bahagian badan yang kuat berbau.
2. GUNA DEODORAN
Penggunaan deodoran dan antiperspirant amat digalakkan sebagai cara hilangkan bau badan. Antiperspirant berfungsi dengan mengurangkan pengeluaran peluh, manakala deodoran menutup bau dan selalunya mengandungi agen antibakteria.
Senang bukan? Jadi pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit dan pilihan bau anda. Sapukan produk ini pada ketiak yang bersih dan kering, sebaik-baiknya selepas mandi pada waktu pagi.
3. ELAK BAJU KETAT

Foto: Freepik
Pilihan pakaian anda boleh memberi kesan ketara kepada bau badan. Pilih fabrik breathable seperti kapas, linen dan material yang diperbuat daripada bahan penyerap kelembapan dan peluh.
Kami faham anda mahu tunjuk kepada umum bentuk badan anda selepas bersenam, tetapi kalau boleh elakkan pakaian yang terlalu ketak kerana ini boleh memerangkap peluh dan bakteria. Yang paling penting, tukar pakaian setiap hari dan elak memakai pakaian sama kerana ini punca utama bau kepam.
4. KAKI PERLU DIJAGA
Kaki berbau juga perkara biasa lagi-lagi jika anda memang memakai kasut dan stokin dalam jangka masa yang panjang. Cara hilangkan bau badan ini adalah dengan membasuh kaki setiap hari, dan gosok di celah celah jari kaki.
Pakai stokin yang dapat menyerap kelembapan dan peluh dan tukar stokin baru setiap kali anda memakai kasut. Sekiranya bau masih ada, guna semburan atau serbuk anti kulat pada kaki. Selain itu, jangan lupa untuk air out kasut anda selepas memakainya sepanjang hari, dan basuh kasut jika berkesempatan.
5. JAGA PEMAKANAN
Siapa sangka diet pemakanan kita juga boleh menjejas bau badan. Tahukah anda sesetengah makanan seperti bawang putih dan makanan pedas boleh menyebabkan ketiak busuk dan tengik?
Mungkin agak sukar untuk elak dua makanan ini lagi-lagi di Malaysia semua makanan memang pedas dan menggunakan bawang. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan mengurangkan pengambilan makanan itu dan lebihkan diet buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
Anda juga digalakkan untuk minum air kosong dengan banyak kerana ia bagus untuk kesihatan dan dapat membantu mengawal bau badan.
MAKANAN PENYEBAB BADAN BAU BUSUK

Foto: Freepik
Sekiranya anda gemar makan makanan yang kaya dengan sulfur, ini akan menyebabkan badan berbau. Tidak pasti bau sulfur bagaimana? Senang sahaja, ia bau seperti telur busuk! Ini antara makanan yang boleh menyebabkan bau badan:
- Bawang putih
- Bawang besar
- Kubis
- Brokoli
- Kubis bunga
- Daging merah
- Kafein
- Rempah ratus seperti kari dan jintan manis
- Monosodium glutamate (MSG)
- Alkohol
Mudah bukan cara hilangkan bau badan yang kami ujarkan tadi? Dengan melakukan lima rutin ini setiap hari dalam hidup anda, anda akan kekal segar dan yakin sepanjang hari.
Artikel berkaitan: 3 SEBAB MENGAPA LELAKI GAGAL CAPAI EREKSI & CARA ATASI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 STAIL ‘OOTD’ STYLISH HAN PIN MENURUT GLAM LELAKI
Sebagai antara figura lelaki berpengaruh, Han Pin dikenali bukan sahaja kerana personalitinya yang berkarisma, tetapi juga gaya fesyennya.
GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN
Han Pin terus menginspirasi generasi lelaki moden dengan visi, gaya dan kepimpinan yang luar biasa. Ini baru permulaan padanya.
DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN
Merayakan keberadaan haruman DIOR Sauvage, Johnny Depp tampil membintangi dalam filem Sauvage. Arahan oleh jurugambar, Jean-Baptiste Mondino.
GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Bertemakan “The Original”, memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI
Grooming merupakan perkara yang amat penting buat lelaki yang ingin menjaga peribadi dan rupa diri di hadapan orang ramai.
GLAM LELAKI OGOS 2025
I choose not to use the word ‘celebration’ . It’s more of a reflection. This whole process – sama ada ketika menghasilkan buku atau pameran adalah sebuah proses yang sangat contemplative. Saya merefleksi semula apa kesilapan yang pernah dilakukan, apa yang saya pelajari and what keeps me going as a person,” ujar Reza Rahadian, wajah…











