COACH OPEN ROAD, WANGIAN UNTUK SANG PENGEMBARA
Wangian terbaharu buat lelaki, Coach Open Road diinspirasikan daripada persahabatan, pengembaraan dan juga perjalanan penuh optismitik sepanjang American West Coast.
Akhir tahun selalunya menjadi waktu terbaik untuk mengembara ke destinasi impian. Buat yang sudah bersedia untuk memulakan langkah pengembaraan, jangan lupa untuk melengkapkan bagasi anda dengan wangian untuk sang mengembara, Coach Open Road. Wangian terbaharu buat lelaki ini diinspirasikan daripada persahabatan, pengembaraan dan juga perjalanan penuh optismitik sepanjang American West Coast.
Wangian eau de toilette penuh aroma ini dibuka dengan nota utama daripada epal merah dan sparkling lemon Primofiore yang membiaskan tiupan angin ketika kembara. Nota wangian ini disempurnakan dengan sentuhan energi daripada Sichuan pepper yang pedas, dan diikuti dengan campuran nota daripada lavender dan clary sage, yang akan membawa sang pengembara ke landskap urban. Akhir sekali, wangian ini akan diserlahkan dengan duo nota kontemporari daripada patchouli, vetiver dan cedarwood yang lembut untuk tiba ke destinasi terakhir.
Botol wangian Coach Open Road turun mencuri perhatian dengan kaca lutcahaya yang membiaskan rona wangian kelabu biru seperti saat matahri terbenam di ufuk lautan. Penutup pula diinspirasikan daripada desain kunci ikonik Coacg, dengan ukiran “C” pada bahagian bawah dalam membawakan signature label fesyen kota New York ini.
Kempen Coach Open Road terhasil daripada kolaborasi antara bersama Fabien Baron, seorang pengarah dan jurugambar yang sering bekerjasama dengan label fesyen ini. Ia menceritakan tentang sekumpulan sahabat yang mencari pengembaraan bersama dengan kembara jalan raya di sepanjang American West Coach yang indah. Rakaman sinematik antara persabahatan ini mengingatkan kita kepada keindahan sebenar kembara itu bukanlah destinasinya, tetapi pengalaman sepanjang perjalanan tersebut.
Wangian Coach Open Road boleh didapati pada harga RM401 (EDT 100ml), RM305 (EDT 60ml) dan juga RM209 (EDT 40ml) bermula bulan ini.
Foto: Coach Malaysia
Baca lebih lanjut: GUNA MATERIAL KAKTUS, ONITSUKA TIGER MEMPERKENALKAN MEXICO 66™ CACTFUL™
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA
Nanon Korapat kini melangkah ke fasa yang lebih besar dalam kerjayanya, bersama Coach, membawa semangat keberanian, ekspresi diri, dan keyakinan di seluruh Asia Tenggara.
HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI
Gabungan unik dari Aesop menghasilkan wangian penuh intensiti dengan sisi lembut demi melengkapkan wangian harian.
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
COACH COFFEE SHOP: 7 MENU MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI
Coach membuka Coach Coffee Shop ketiga mereka, terletak di Sunway Pyramid selepas Coach Play Ipoh dan Coach Play APW.
5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI
GLAM Lelaki menyenaraikan wangian terbaik daripada aroma berasaskan kayu pilihan Justin Bieber hingga bau vanila kegemaran Tom Brady.