DEBUT HOMME, PENJAGAAN DIRI LELAKI ILHAM PENGUSAHA KEDAI GUNTING DARI IPOH
Debut Barber & Shop, sebuah kedai gunting yang bermula di Ipoh mengorak selangkah ke depan dalam mevariasikan perniagaan mereka apabila melancarkan rangkaian penjagaan diri khusus buat lelaki. Dinamakan sebagai Debut Homme, rangkaian ini dibarisi tiga produk utama yang merangkumi pembersih badan, syampu dan deodoran.

Menurut Amirul O’oi Ashraf Mokhtar, pengasas dan Ketua Bahagian Strategik bagi kedua-dua jenama yang dibiayainya sendiri, Debut Homme dilancarkan untuk menyediakan sebuah rangkaian yang memberi satu lagi opsyen untuk pengalaman dalam membelai diri selain menyediakan satu produk berkualiti dan berkesan.

“Ini adalah antara perkara yang paling kami utamakan di Debut Barber & Shop. Justeru, berpegang kepada kepercayaan ini, kami telah menerapkan nilai-nilai tersebut ke dalam pembuatan semua produk Debut Homme kami,” tambahnya.

Amirul O’oi Ashraf Mokhtar, Pengasas Debut Homme
Tampil dalam bungkusan monokrom (hitam dan putih), produk dalam rangkaian ini mengutamakan penggunaan bahan semula jadi serta penghasilan yang diiringi dengan objektif melestarikan alam sekitar (sustainability).
“Produk-produk ini memakan masa dua tahun untuk dihasilkan. Dengan bantuan pakar di dalam pelbagai bidang termasuk ahli kimia, Debut Barber & Shop sebagai sebuah perniagaan barbershop dan gaya hidup, telah menggunakan penyelidikan dan pengalaman yang didorong oleh kajian saintifik dan pemasaran dalam proses pembuatan Debut Homme.”
“Kami turut memanfaatkan pengalaman kami sebagai warga tempatan dan orang Asia untuk membangunkan produk yang sesuai untuk rantau ini,” kongsi Amirul yang merancang mahu mempelbagaikan lagi produk di bawah Debut Homme seperti minyak/krim rambut dan janggut, produk penjagaan kulit dan haruman.
Debut Homme boleh dibeli secara dalam talian di www.debutofmalaysia.com

Tags
Artikel Yang Berkaitan
LANGKAH UNTUK KEKAL RAPI & KEMAS UNTUK LELAKI DI PAGI RAYA
Elak potong rambut last minute! Ini tip lengkap lelaki untuk kekal segak rapi, dari grooming hingga gaya busana di pagi Raya.
TIPS PENJAGAAN MULUT KETIKA BULAN PUASA AGAR TIDAK MUDAH BERBAU
Bau mulut semasa bulan puasa? Ketahui rutin penjagaan oral yang disarankan pakar untuk kekal segar dan yakin sepanjang Ramadan.
10 FESYEN ITEM JENAMA TEMPATAN SEBAGAI HADIAH VALENTINE
Untuk Valentine tahun ini, GLAM Lelaki ingin mencadangkan barisan fesyen item dari jenama tempatan yang anda boleh jadikan hadiah.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Ketahui 7 tabiat penting yang diamalkan lelaki moden untuk hidup lebih sihat, seimbang dan penuh kesedaran diri Sempena Hari Lelaki Sedunia.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.











