EKSPLORASI AROMA GUCCI Flora Gorgeous Gardenia
Dunia fantasi Miley Cyrus bersama Gucci Flora Gorgeous Gardenia diadaptasi dalam kempen dipenuhi dengan bunga.Ekspresi sempurna ini lambang aroma bunga khas dalam miliki semangat bebas.
Dunia haruman penuh fantasi kini lengkap bersama Gucci Flora Gorgeous Gardenia, nota aromanya sangat luar biasa nan sensual. Melalui eksplorasi ini, Gucci Flora Gorgeous Gardenia kembali dilancarkan bersama Eau de Parfum, aromanya lebih intensif. Di sebalik nota misteri bunga Gardenia, ia dikatakan mempunyai nilai estetik tersendiri. Lebih menarik digandingkan bersama Jasmine Grandiflorum Absolute, selain diserikan dengan sentuhan Pear Blossom dan kemanisan gula perang meledakan kegembiraan kala memakai.
“The fantasy is being who you are. Tiada sesiapa antara anda yang diperbuat daripada satu ramuan. Kerana anda punya nota aroma berbeza, ada yang subtle atau bold. Sama seperti Gucci Flora Gorgeous Gardenia Eau de Parfum cukup tersendiri, jelas pelantun suara “Midnight Sky” mengenai maksud disebalik #FloraFantasy.
Kehangatan Gucci Flora Gorgeous Gardenia ini turut diraikan bersama wajah kempen Miley Cyrus dengan konteks lebih berimaginasi. Yang diinspirasikan daripada kartun animasi Jepun, serlahkan kecomelan mimik wajahnya, generasi terbaru ini Miley Cyrus bercerita tentang ekspresi dirinya yang optisma dan autentik. Menerusi fantasinya, koleksi Gucci Flora Gorgeous Gardenia turut bertukar siluet baru dengan warna merah jambu berlapis bersama corak bunga istimewa yang dibayangkan semula dalam visi Alessandro Michele. Transformasi Miley Cyrus kepada karakter ilustrasi membawa kepada dunia penuh imaginatif #FloraFantasy.
Menurut Miley, Gucci Flora Gorgeous Gardenia sangat istimewa buat dirinya kerana seperti berada di laman taman di rumah, sangat tidak terkawal dan bebas seperti personalitinya. Sangat melambangkan dirinya yang autentik dan itulah kenapa dia memilih haruman Flora.
Kempen bersifat elektik ini dirakam dan arahan oleh artis Petra Collins yang menampilkan seperti kembara ke ‘Candy Pink World’, selain diinspirasikan daripada animasi Jepun yang tersergam dengan idea pop. Watak Miley Cyrus pula sebagai protagonis yang dikelilingi haiwan peliharaan comel seperti white poodles dan kucing parsi.
Jurugambar Petra Collins juga merupakan individu pilihan Miley, “I love Petra and her work! Saya cukup teruja apabila dapat bekerjasama dengannya terutama untuk kempen ini. Dia sangat berbakat dan penuh energi sewaktu di set pengambaran”.
“Wangian adalah eksplorasi dan bunga pula mewakili dunia yang tidak terbatas.”
Alessandro Michele
Artikel berkaitan MANESKIN (BEGGIN) TAMPIL BERIAS DENGAN GUCCI BEAUTY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.
KERJAYA TERGUGAT, LIAM HEMSWORTH BAKAL HERET MILEY CYRUS KE MAHKAHMAH?
Bintang kelahiran Australia, Liam Hemsworth dilaporkan tidak gembira dengan pencapaian terkini bekas isterinya.
15 PELAKON YANG PERNAH MENOLAK WATAK IKONIK DARIPADA FILEM POPULAR HOLLYWOOD
Tahukah anda Tom Cruise pernah ditawarkan watak fantasi ikonik daripada filem popular, "Edward Scissorhands" yang pernah dipopularkan oleh Johnny Depp?
BINTANG POP, CODY SIMPSON KINI BERGELAR ATLET RENANG AUSTRALIA
Dari pentas nyanyian ke kolam renang, Cody Simpson bakal mewakili Australia ke Sukan Komanwel 2022 selepas menduduki tempat ketiga di Kejohanan Renang Australia.
MANESKIN (BEGGIN) TAMPIL BERIAS DENGAN GUCCI BEAUTY
Namakan sepuluh lagu paling popular di dunia sekarang, saya percaya pasti akan tersangkut satu lagu daripada kumpulan Maneskin, Beggin. Lagu ini antara yang sedang mendominasi carta dan mencetus fenomena tersendiri termasuklah di aplikasi TikTok. Populariti kumpulan ini telah mencetus idea buat Alessandro Michele, pengarah kreatif Gucci untuk menampilkan kumpulan yang dianggotai oleh Damiano David, Victoria…