4 GAYA RAMBUT TERBAIK MEERQEEN PILIHAN GLAM LELAKI
Sama ada rambut panjang atau pendek, pelakon berbakat dan ikon fesyen, Meerqeen berani untuk eksperimen dengan gaya rambut unik, segar dan menarik.
Meerqeen merupakan seorang pelakon berbakat yang namanya tidak lagi asing dalam industri hiburan tanah air. Beliau dengan cepat mencipta nama di dalam industri dan berjaya untuk berkolabrasi dengan jenama besar seperti Tiffany & Co.. Selain itu, beliau juga merupakan duta YSL Beauty.
Sebagai seorang selebriti, gaya dan fesyen yang dibawanya sudah semestinya menjadi rujukan para peminat. Beliau pandai untuk menggayakan pakaian dengan mudah, memberikan penampilan yang menarik dan stylish. Selain bijak berfesyen, beliau juga terkenal dengan gaya rambutnya yang unik dan tidak takut untuk mencuba gaya rambut baru.
Satu lagi aspek menarik tentang gaya rambut Meerqeen adalah kesesuaiannya dengan pelbagai gaya fesyen. Tak kira sama ada di karpet merah atau untuk pergi bersantai, rambut Meerqeen sentiasa tampak segar dan menarik. Keupayaannya untuk menyesuaikan gaya rambutnya dengan situasi menunjukkan fleksibiliti dan kebolehan beliau untuk mengekspresikan diri.
4 GAYA RAMBUT TERBAIK MEERQEEN PILIHAN GLAM LELAKI
Dengan penampilannya yang selalu menarik dan bergaya, Meerqeen terus menjadi ikon fesyen dan kecantikan, memberi inspirasi kepada peminatnya untuk terus bereksperimen dengan gaya rambut dan fesyen mereka sendiri. Berikut ialah 4 pilihan gaya rambut Meerqeen pilihan GLAM Lelaki.
1. COMB OVER
Gaya Comb Over yang ikonik sesuai untuk hampir semua orang dan merupakan salah satu gaya rambut yang paling versatil. Gaya ini memberikan penampilan rambut yang penuh dan tebal. Sama ada rambut anda lurus, wavy, ataupun kerinting, anda boleh menggayakan comb over yang sempurna untuk penampilan keseluruhan anda.
2. SHAG
Gaya Shag mempunyai pelbagai lapisan dan sering dipilih oleh mereka yang mempunyai rambut kerinting atau wavy. Gaya rambut ini tampak sempurna dengan Meerqeen kerana beliau mempunyai rambut yang wavy. Teknik feathering ditambah pada bahagian atas dan sisi, sementara bahagian atas mengekalkan volume rambut, memberikan gaya yang sempurna.
3. MAN BUN
Gaya Man Bun merupakan salah satu gaya yang nampak mudah, namun ianya bergaya dan praktikal. Penggayaannya juga agak mudah dan cepat, hanya sisir rambut anda dan ikat menjadi ‘bun’. Kebiasaanya, gaya rambut ini sering digayakan oleh seseorang yang mempunyai jambang untuk menampakkan sisi keberanian. Namun, Meerqeen dengan mudah menggayakannya dengan tepat dan masih kelihatan stylish.
4. CURLY UNDERCUT
Gaya Curly Undercut menggabungkan sisi pendek dengan bahagian atas yang keriting dan lebih panjang. Ia membolehkan keriting anda menjadi tumpuan utama sementara, sisi-sisinya dijaga dengan kemas dan teratur. Anda boleh bereksperimen dengan rambut panjang dan fading yang berbeza untuk mencari keseimbangan yang sempurna yang sesuai dengan bentuk muka dan corak keriting anda.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025
Bulan November dan Disember 2025 bakal memenuhkan pawagam dengan filem-filem penuh genre menarik buat peminat filem.
6 CARA PENGGAYAAN UNTUK LELAKI YANG MAHU TAMPIL LEBIH ‘SOFISTIKATED’
Gaya lelaki sofistikated bermula dengan disiplin dan perincian kecil. Ini panduan GLAM Lelaki untuk penampilan matang dan berkarisma.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia tahun ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.
6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Hun Haqeem merupakan antara pelakon generasi kini yang semakin menyerlah dan paling ‘in demand’ dalam industri seni lakon tempatan. Berikut 6 drama lakonan Hun Haqeem yang cemerlang.











