TOTAL GROOMING CHECK: PENCUCI MUKA LELAKI & PRODUK LOKAL TERBAIK
Dalam rutin penjagaan diri lelaki urban, pencuci muka bukan lagi pilihan bagi mereka. Malah ia merupakan asas kepada kulit yang bersih, sihat, dan segar. Berdepan dengan pencemaran bandar, tekanan harian dan lebihan minyak, pemilihan pencuci muka yang tepat memainkan peranan penting dalam memastikan kulit lelaki kekal bersih tanpa mengorbankan keselesaan.
Team Editorial GLAM Lelaki memilih tiga pencuci muka terbaik dan produk lokal pilihan untuk penjagaan peribadi kaum lelaki. Kesemua produk ini pastinya merupakan ‘grooming check’ untuk lelaki masa kini.
#1 Sisleÿum Purifying Cleansing Gel
Sebagai langkah pertama dalam rutin Sisleÿum for Men, Purifying Cleansing Gel menawarkan pembersihan menyeluruh yang menyingkirkan kotoran, lebihan sebum dan kesan pencemaran harian. Kulit terasa serta-merta lebih bersih, segar dan “bernafas” semula, dengan kemasan yang licin, jelas dan matte. Diformulasikan dengan Phyt’active of Kinkeliba, bahan aktif eksklusif Sisley, ia membantu menenangkan kulit serta mengurangkan rasa tidak selesa dan iritasi akibat tekanan seharian. Menariknya, pencuci ini tetap melindungi lapisan hidrolipidik kulit, mencegah kekeringan dan memastikan kulit kekal lembut dan selesa. Tekstur gel berbuih ringan yang ultra-menyegarkan menjadikan pengalaman mencuci muka satu ritual yang menyenangkan.

Sisleÿum Purifying Cleansing Gel for men
#2 SK-II Facial Treatment Cleanser
Untuk lelaki yang mengutamakan kesempurnaan tekstur kulit, SK-II Facial Treatment Cleanser tampil sebagai pilihan yang tepat. Dirumus dengan PITERA™, bahan ikonik SK-II yang mengandungi lebih 50 mikro-nutrien termasuk vitamin, mineral dan asid amino. Pencuci ini membersihkan kulit secara lembut sambil menyokong fungsi semula jadi kulit. Buihnya yang halus membantu membersihkan pori dan menanggalkan kekotoran tanpa mengganggu keseimbangan kulit, menghasilkan kulit yang terasa bersih, licin dan lebih terurus. Ia sesuai untuk lelaki yang menghargai penjagaan kulit dengan hasil yang kelihatan beesih dan segar.
#3 Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Cleanser
Direka khusus untuk kulit normal hingga berminyak, Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Cleanser ialah pencuci muka berbuih lembut yang membersihkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa menyebabkan kulit terasa tegang atau kering. Diperkaya dengan Ekstrak Root Imperata Cylindrica dan Ekstrak Buah Lemon, formula ini membantu menyegarkan kulit sambil mengawal kilauan. Diuji secara dermatologi, bebas paraben dan sulfat serta seimbang pH, pencuci ini sesuai juga untuk kulit sensitif. Sebagai sebahagian daripada rangkaian Ultra Facial Oil-Free Kiehl’s, ia melengkapkan rutin penjagaan bebas kilauan untuk lelaki yang aktif dan sentiasa bergerak.

Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Cleanser
PRODUK GROOMING LOKAL PILIHAN
Produk grooming lokal pilihan editorial GLAM Lelaki, Goteskin Gentle Jelly Cleanser dan Nateskin Nose Hair Trimmer 2.0. Antara duo yang praktikal untuk rutin penjagaan diri lelaki urban kini.
#1 Goteskin Gentle Jelly Cleanser
Goteskin Gentle Jelly Cleanser ialah pencuci muka lembut yang sesuai untuk semua jenis kulit. Membantu membersihkan kotoran, peluh dan sisa persekitaran sambil mengekalkan hidrasi kulit. Diperkaya dengan Ekstrak Timun yang melembapkan dan melindungi kulit daripada persekitaran. Menjadikannya ideal untuk kegunaan pagi atau malam dengan hasil kulit yang bersih dan anjal.
#2 Nateskin Nose Hair Trimmer 2.0
Melengkapkan rutin tersebut, Nateskin Nose Hair Trimmer 2.0 menawarkan penyelesaian grooming tepat dan selamat dengan teknologi NateSafe™ 360° dual-blade, motor 9,000 RPM yang berkuasa tetapi senyap, rekaan kalis air IPX5 untuk pembersihan mudah, serta hujung kon keluli tahan karat yang boleh ditukar bagi kebersihan maksimum. Reka bentuknya yang ergonomik, kompak dan mesra perjalanan, bersama pengecasan pantas USB-C yang mampu bertahan sehingga berbulan-bulan, menjadikannya alat grooming penting untuk sentuhan kemas yang pantas dan yakin setiap hari.

Artikel Berkaitan: ELEGAN, MASKULIN DAN ‘FRESH’: 3 HARUMAN CHANEL PILIHAN LELAKI BERKELAS
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA
Ketahui rahsia kecantikan lelaki melalui rutin penjagaan kulit yang tepat. Dapatkan tip ini untuk meningkatkan penampilan dan keyakinan dengan rutin mudah. Apakah kunci untuk kelihatan segak dan berkarisma meskipun menjalani rutin harian yang padat? Walaupun banyak yang berpendapat bahawa penjagaan kulit hanya untuk wanita, kenyataannya adalah, lelaki juga perlu memberi perhatian kepada kesihatan dan penjagaan…
BRIGHT DEDAHKAN RAHSIA KULIT PUTIH LELAKI THAI
Interviu eksklusif bersama Bright Vachirawit menyelongkar rahsianya bagaimana dia menjaga kulit muka dengan teliti.
SABUN BAR PEMBERSIH WAJAH PALING BERKESAN!
Cuba tekstur pembersih wajah jenis Cleansing Bars. Kiehl's hadir dengan Cleansing bars sebagai solusi terkini khas untuk anda yang berwajah jambang.
TIGA PRODUK INI SOLUSI TERBAIK RAWAT MASALAH MATA LETIH
Rawat segera masalah lingkaran bawah mata kerana ia akan membawa kepada kulit penuaan. Tiga produk pilihanGL sebagai solusi terbaik
JAGA KULIT SEJERNIH KRISTAL BERSAMA SK-II PITERA ESSENCE
Cukup sinonim dengan rutin penjagaan wajah bertaraf antarabangsa. SK-II dalam edisi terhad PITERA ESSENCE hadir dengan elemen serba unik.
5 SYAMPU BOLEH DICUBA JIKA TAKUT RAMBUT GUGUR
Rasanya isu utama atau kebimbangan orang lelaki ialah masalah rambut gugur. Rambut yang makin menipis atas faktor usia, stres dan diet antara yang menimbulkan kerisauan. Memang sudah fitrah kita tidak dapat menolak takdir, usia akan terus bertambah dan peningkatan usia ini akan ada perubahannya pada fizikal kita baik pada kulit dan termasuklah rambut. Namun perubahan…












