MAKAN SAMBIL MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT PUNCA ANDA GEMUK
Apa benar dakwaan ini? Bukan semata anda malas bersenam, atau anda tertekan dengan pekerjaan sekarang tetapi sebenarnya telefon bimbit yang menyebabkan anda gemuk! Ya, ini bukan gimik malah dibuktikan sendiri oleh kajian yang diterbitkan di dalam Trends in Food Science & Technology. Ya, terutama sekali sewaktu anda sedang asyik menjamu selera. Berdasarkan kajian ini, berat badan anda akan bertambah dalam 2-3 kg sekiranya ia berlarutan.
Masa kini, ramai daripada kita lebih cenderung untuk menjamu selera sambil memegang telefon bimbit dan melayari laman sosial. Tahukah anda ia merupakan tindakan yang sepatutnya dielakkan. Ini kerana anda lebih cenderung untuk mengambil makanan dalam bahagian lebih besar dan kemudiannya makan untuk tempoh yang lebih lama daripada biasa terutama sekali apabila anda sibuk menggunakan telefon bimbit atau komputer.
Apabila anda makan sambil melakukan perkara-perkara tersebut, akan membuatkan isyarat kekenyangan dari otak ke perut anda terganggu, dan ini akan menjadikan otak anda mengalami kesukaran memantau jumlah pengambilan makanan anda. Dan jika anda tidak memberi tumpuan kepada makanan anda, otak anda juga berkemungkinan akan mengalami kesukaran dalam mengesan berapa banyak makanan yang anda telah benar-benar ambil selama tempoh tadi.
Bayangkan anda sedang menonton filem di panggung wayang, sedar tidak sedar sebelum filem tamat anda sudah menghabiskan dua bekas popcorn dan minuman ringan tanpa anda sedari. Ya, inilah yang cuba ingin kami sampaika. Oleh itu, bagaimana untuk kita elakkan gangguan ini memandangkan habit kita sudah terbiasa memegang telefon bimbit sewaktu makanan? Ini tip yang boleh anda ambil.
- Pastikan semasa waktu makan, anda tidak terlibat dengan aktiviti lain seperti menggunakan telefon bimbit atau menonton TV. Lebih mudah jika anda sorokkan di dalam bilik.
- Jangan periksa Facebook, Whatsapp, Instagram atau apa-apa saja media sosial anda waktu menjamu.
- Dapatkan tempat duduk dan duduk dalam posisi yang anda rasa paling selesa supaya anda tidak terarah untuk memegang telefon bimbit.
- Elakkan makan berseorangan. Jika anda berseorangan menggalakan anda untuk memegang telefon bimbit.
- Cuba hayati sekurang-kurangnya tiga gigitan pertama makanan anda itu. Proses ini, yang juga dikenali sebagai ‘mindful eating’, boleh membawa kepada kepuasan yang tinggi terhadap waktu makan anda.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.













