JUNGKOOK DEDAH RAHSIA DAPATKAN SIX PACK UNTUK DEBUT SOLO, SEVEN
Ahli kumpulan BTS, Jungkook telah menjadi sumber inspirasi kecergasan buat peminat selama bertahun-tahun.
Dia pernah mengakui obses dengan six pack miliknya dan jarang dilihat duduk diam apabila ada masa terluang. Jika ada waktu senggang antara sesi penggambaran, Jungkook akan bersenam untuk meningkatkan tenaga.
Baru-baru ini penyanyi berusia 26 tahun itu berkongsi pelan diet ketat dan rejim kecergasan amalannya dalam episod terbaharu Suchwita. Jungkook berkata, dia bekerja keras untuk mendapatkan perut berotot seperti yang dipamerkan dalam foto promosi lagu solo pertamanya, Seven.

Foto: BigHit Music
Jungkook Amalkan Intermittent Fasting
Dikenali dengan six pack dan susuk kekar, pendedahan penyanyi itu tentang tabiat pemakanan dan rutin senamannya membuatkan netizen tertarik. Kongsinya kepada hos Suchwita, Suga, dia mengamalkan intermittent fasting atau puasa rawatan – pelan diet yang semakin mendapat perhatian di kalangan pengamal kesihatan.
Jungkook BTS mengikuti jadual puasa yang agak ketat iaitu 20:4, bermakna 20 jam tempoh berpuasa dan empat jam tempoh makan. Walaupun pelan diet ini dilihat sukar, dia mengakui tidak terlalu obses dan mengambil pendekatan seimbang terhadap kesihatan serta kecergasan.
“Saya rasa 20:4 ideal untuk tubuh saya. Tapi saya tidak obses, saya tidak melakukannya secara keterlaluan,” jelasnya.
Foto: Kpoppo
Jungkook berkata dia memilih kaedah ini untuk mempersiapkan diri bagi penggambaran debut solo Seven yang dijalankan di Amerika Syarikat. Dia turut mengikuti rutin senaman intensif untuk dapatkan susuk kekar idaman ramai.
Jelas dia amat berdedikasi mengekalkan penampilan, bukan sahaja untuk tujuan estetik tetapi juga untuk mempersembahkan yang terbaik buat peminat.
Kejayaan Seven
Pemilik nama Jeon Jung-kook ini mencuri perhatian dunia bulan lalu apabila Seven mencipta sejarah di Spotify dengan memperoleh 30 juta strim dua hari selepas dilancarkan. Video muziknya yang menampilkan aktres The World Of The Married, Han Soo Hee pula meraih dua juta tanda suka di YouTube dalam tempoh satu jam lima puluh lapan minit.
Seven menjadi lagu penyanyi solo lelaki terpantas melepasi angka 30 juta strim di Spotify sejak dikeluarkan. Pencapaian itu sekali gus menewaskan rekod yang dipegang Harry Styles menerusi lagu popularnya, As It Was.
Ia turut mengangkat Jungkook sebagai penyanyi solo K-Pop terpantas mencapai kejayaan sebegitu besar, mengukuhkan lagi pengaruh dan popularitinya dalam industri muzik.
Foto: Bighit Music
Pautan berkaitan: JIMIN PINTAS KEJAYAAN JUNGKOOK DALAM GUINESS WORLD RECORD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 CARA PASTIKAN TUBUH KEKAL TERHIDRAT KALA BERPUASA
Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air, justeru penting untuk kekal terhidrat bagi memastikan kesihatan berada di tahap terbaik.
5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA
Berpuasa di bulan Ramadan merupakan satu cabaran besar buat penghidap gastrik. Namun ada cara mudah untuk mengatasinya.
TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN
Berpuasa merupakan peluang terbaik untuk menyahtoksik badan secara rohani dan jasmani. Ini caranya untuk kekalkan tenaga sepanjang hari.
5 TIP KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA
Ini tip yang boleh anda amalkan untuk mengatasi rasa lemah dan lesu ketika berpuasa.
DIET YANG BERKESAN UNTUK LELAKI 2023
Memiliki diet yang betul akan memberi tubuh badan lebih sihat dari segi dalaman dan luaran. GLAM Lelaki menyenaraikan beberapa diet yang boleh diamalkan oleh kaum lelaki.
JUNGKOOK LANCAR ALBUM 3D: THE REMIXES KOLABORASI BERSAMA JACK HARLOW
Lagu duet bersama Jack Harlow yang dilancarkan pada 29 September lalu dengan pantas mengungguli carta iTunes, YouTube dan Spotify di lebih 100 negara.