KEBAIKAN SENAMAN ‘BATTLING ROPING’
Melakukan senaman sambil mengunakan tali pertempuran atau ‘battling rope’ sememangnya digalakan. Kenapa? Sebagai salah satu rutin senaman berintensiti tinggi atau HIIT, idea asas kepada senaman jenis melibatkan gerakan berselang yang pantas dan berubah-ubah, dengan tempoh rehat yang kurang. Malah, kajian menunjukkan bahawa HIIT meningkatkan keupayaan aerobik dan anaerobik, tahap testosteron, dan metabolisme anda sebaik saja selesai bersenam. Selain dari burpee, kattleball dan swings, senaman menggunakan battling rope juga boleh dilaksanakan kerana ia memberikan beberapa kebaikan tersendiri. Antaranya:
1. SENAMAN YANG PANTAS
Sekiranya anda mengemari rutin senaman yang berkesan dan pantas, malah membuatkan anda berpeluh dengan cepat, rutin ini didapati sangat sesuai dengan anda. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk beradaptasi dengan tali tersebut malah ia sangat mudah dan pantas untuk digunakan.
2. BAKAR LEMAK DENGAN PANTAS
Jika anda seorang penggemar latihan berintensiti tinggi menggunakan battling rope, anda pasti dapat membakar satu tan kalori, bersamaan dalam lingkungan 300-500 kalori setiap setengah jam! Malahan kesan selepas pembakaran atau EPOC effect selepas senaman akan menjadikan tubuh badan anda beroperasi dalam membakar kalori tambahan apabila anda tidur pada waktu malam serta keesokkan harinya sewaktu anda di pejabat.
3. BINA OTOT
Dengan menggunakan battle ropes, you can kill two birds with one rope. Maksudnya, rutin senaman ini bukan semata menawarkan kebaikan dalam pembinaan otot di bahu, bisep dan teras, namun anda juga akan dapat membakar lemak dengan cepat di bahagian-bahagian tersebut! Hebat bukan?
4. TAKE IT OUTSIDE
Sekiranya anda sudah jemu bersenam di dalam gim atau indoor workout, malah anda ingin bersenam sambil menghirup udara segar dan menyamankan, penggunaan tali pertempuran ini sememangnya fleksibel dan sesuai buat anda. Anda boleh memasang tali tersebut di luar rumah, di taman, di padang permainan mahupun di pantai. Mudah sekali!
5. VARIASI OTOT BEKERJA DALAM SATU-SATU MASA
Dengan menggunakan battle ropes, anda boleh menukar rutin dan fokuskan dari kaki dan bahu, hinggalah ke area bisep dan otot perut. That’s four different muscle groups in one set. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tali tersebut untuk membuat squats mahupun lunges dan pada masa yang menguasai bahagian atas badan anda.
#Selain itu, penggunaan pakaian yang bersesuaian juga turut membantu dalam melancarkan pergerakan sewaktu rutin tersebut. Cadangan kami, gunakan pakaian sukan oleh Everlast (@everlastmy) yang ternyata berkesan dalam memberikan impak tambahan ketika senaman.
Sumber: muscleropes.com
Teks dan gambar oleh Wan Mohd Firdaus, 14 April 2017
Model: Afiq Rosden
Tajaan lokasi gim: Xclusive Fitnesz, Seksyen 13 Shah Alam (Instagram @xclusivefitnesz)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.













