KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM
Mile Phakphum berkongsi bersama GLAM Lelaki mengenai wangian kegemaran dan rutin penjagaan kulitnya bersempena acara pelancaran butik Guerlain di Kuala Lumpur.
Jenama kecantikan ikonik kota Paris, Guerlain terus mengukuhkan pengaruh di Malaysia dengan pembukaan butik terbaharu mereka di The Exchange TRX. Bersempena pelancaran Ultimate Boutique pertama ini, Guerlain menerbangkan bintang Thailand popular, Mile Phakphum untuk memeriahkan acara pembukaan eksklusif ini.
Butik terbaharu di Kuala Lumpur ini menampilkan desain yang akan memberikan pengalaman tersendiri kepada pengunjung. Ia akan memberikan fokus kepada seleksi produk kecantik dan wangian, dari Parfumerie d’Art kepada High Cosmetics. Maison ini juga mengajak pengunjung untuk mengeksploras rangkaian métiers d’Art di ruang konsultasi khas. Di sini pengunjung dapat menyempurnakan rutin kecantikan dan grooming, serta pilihan wangian buat lelaki dan wanita.
Bintang “KinnPorsche”, Mile Phakphum merupakan Friend of the House yang pertama di Asia Tenggara untuk Guerlain. GLAM Lelaki sempat bertanyakan beberapa soalan kepada Mile ketika dia berada di Kuala Lumpur.
Ketahui apakah wangian kegemaran Mile Phakphum yang sempat berkongsi bersama GLAM Lelaki ketika acara pelancaran butik Guerlain terbaharu di The Exchange TRX:
1. Apakah perasaan anda terpilih sebagai Friend of Guerlain yang pertama di Asia Tenggara?
Saya berasa cukup bersyukur dan terima kasih atas penghormatan ini. Apabila menyertai keluarga Guerlain, saya dapat merasai semangat bekerjasama dan kreativiti daripada mereka. Saya juga menghargai seleksi produk mereka yang membuat saya berasa gembira dapat untuk menjalani pengembaraan ini bersama mereka.
2. Pada pendapat anda, apakah yang membuat Guerlain berbeza daripada jenama kecantikan lain?
Saya dapat melihat seni warisan dan juga inovasi mereka dalam masa yang sama. Sejak menyertai keluarga Guerlain, saya dapat mengetahui kisah menarik di sebalik setiap produk mereka.
3. Apakah wangian kegemaran anda?
Wangian kegemaran saya adalah Néroli Plein Sud – Eau De Parfum daripada koleksi Guerlain L’art & La Matière terbaharu. Ia memberikan haruman yang bersih dan hangat, Minyak wangi ini dapat menyegarkan mood anda. Menyegarkan perasaan anda sepanjang hari. Sangat sempurna buat saya!
4. Kongsikan rutin penjagaan kulit wajah anda setiap hari?
Saya menggunakan banyak produk sebenarnya. Saya mula dengan pre-serum sebelum menggunakan losen muka. Kemudian, saya memakai serum, minyak serum dan menyapukan krim pelembap muka. Akhir sekali, saya memakaisunscreen atau pelindung suria. Saya percaya apabila menggunakan produk muka yang bagus, anda akan mendapat hasil yang bagus juga nanti.
5. Apakah yang anda mahu katakana kepada peminat anda di Malaysia?
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat saya di Malaysia. Mereka sangat baik dan terus memberikan sokongan kepada saya sejak hari pewrtama sehingga hari ini. Saya dapat merasakan semnagat dan keikhlasan hati mereka. Terima kasih semua.
Baca lebih lanjut: HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000
Tags
Artikel Yang Berkaitan
WANGIAN LELAKI YANG MENJADI SEBUTAN LELAKI GEN Z
GLAM Lelaki memperkenalkan wangian lelaki yang menjadi sebutan dalam kalangan lelaki Gen Z dengan keharuman mempesona.
DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA
Jenama pakaian sukan global, DESCENTE terkenal dengan koleksi yang inovatif dan ‘never-before-seen’ dalam memberikan solusi terbaik untuk atlet terbaik di dunia.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX
Descente kini tiba di Malaysia! Peminat boleh menggayakan koleksi pakaian sukan premium yang berprestasi tinggi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX
Berita baik buat peminat Salomon di Malaysia dengan pembukaan stor pertama yang menampilkan seleksi produk untuk atlet moden dan penjelajah bandar.
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?