MULUT BERBAU? INI CARA PENCEGAHAN TERBAIK
Alamak malangnya bila rupa kacak, ketinggian bak model tapi mulu berbau pula. Fail betul! Jadi, usah biarkan masalah bau mulut bermaharajalela kerana takut membuatkan orang disekeliling anda mula tidak selesa dan lama kelamaan menjauhi anda. GLAM Lelaki kongsikan cara untuk atasinya dengan segera dan mudah.
1. KERAPKAN BERUS GIGI DAN FLOS
Karang gigi yang terhasil di sekitar celahan gigi memerangkap bakteria dan ini menyebabkan masalah bau mulut terjadi. Makanan yang tersangkut di celahan gigi juga boleh menjadikan masalah ini lebih teruk. Berus gigi anda sekurangnya dua kali sehari dan floss sekali. Jika anda lebih mengambil berat akan perkara ini, lakukannya sekerap mungkin itu yang sebaiknya. Tetapi jangan terlalu kerap sangat kerana jika anda memberus dengan kuat ia mungkin boleh merosakkan struktur gigi anda.
2. BERKUMUR
Bukan hanya memberikan kesegaran pada mulut anda, ia juga memastikan yang mulut dan gigi sentiasa bersih dari bakteria. Tetapi pastikan yang cecair pencuci mulut anda jenis yang membunuh bakteria kerana ia yang menjadikan masalah bau mulut. Seeloknya pilih perasa daun pudina kerana ia lebih menyegarkan.
3. CUCI LIDAH ANDA
Lapisan putih di atas lidah sebenarnya menjadi punca utama bau mulut. Untuk menghilangkannya, berus lidah anda dengan lembut menggunakan berus gigi. Jika kepala berus gigi anda mempunyai reka bentuk yang besar, seeloknya gunakan scraper khas untuk lidah. Ia mampu membersihkan lidah dari bakteria, lebihan makanan dan sel kulit mati.
4. ELAKKAN PENGAMBILAN MAKANAN-MAKANAN INI
Contohnya bawang merah dan bawang putih. Meskipun anda cuba untuk memberus gigi setelah memakannya, bau mulut masih tidak dapat dibendung. Bau bawang yang kuat akan meresap masuk ke dalam saluran darah dan terus memasuki paru-paru anda yang mana merupakan sisterm pernafasan tubuh. Cara terbaik untuk hindarkannya adalah elak dari memakannya atau sekurang-kurangnya jangan makan sebelum anda keluar bersama rakan atau ke tempat kerja.
5. BERHENTI MEROKOK!
Bukan hanya menjadi punca kepada pelbagai penyakit, merokok juga boleh merosakkan gusi, membuatkan gigi bertukar kuning dan menjadikan masalah bau mulut. Perokok sejati selalunya mengalami masalah sukar untuk berhenti dari habit ini. Jadi mungkin anda boleh cuba mendapatkan bantuan pakar untuk membuang tabiat merokok ini secara perlahan-lahan.
6. PASTIKAN MULUT ANDA LEMBAP
Risiko masalah gigi dan bau mulut boleh terjadi jika anda tidak mempunyai air liur yang cukup. Jika mulut anda terlalu kering, sebaiknya minum sebanyak air yang mungkin setiap hari.
Sumber: Majalah EH!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Menjelang Aidilfitri, persiapan rapi bukan sahaja melibatkan pakaian baharu dan juadah, tetapi juga grooming diri yang kemas dan segar.
4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA
Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang boleh membahayakan sperma. Ketahui tiga lagi tabiat yang mempunyai pengaruh serupa.
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.
8 JENAMA SKRUB TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Eksfoliasi adalah wira dalam rejimen penjagaan kulit. Ia membersih, memperbaiki tekstur kulit, membuka liang pori dan menghilangkan kotoran
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!
10 TIP RAMBUT KEKAL WANGI DALAM 48 JAM
Di sinilah Siri Penjagaan Rambut Premium Adolph hadir sebagai game changer. Rangkaian ini memastikan rambut kekal segar dan wangi sehingga 48 jam.