Skip to content

NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI

Kongsikan artikel ini

AKTIVITI BERLARI MAKIN MENJADI PILIHAN KEBANYAKKAN LELAKI MASA KINI. KHUSUS PELARI TEGAR, SINGGAHLAH KE NEW BALANCE RUN HUB BERTEMPAT DI SURIA KLCC. MERCU KOMUNITI BAHARU YANG MENDEFINISIKAN SEMULA PENGALAMAN LARIAN. 

Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif. New Balance telah membuka Run Hub pertama di Asia Tenggara di Suria KLCC, menjadikannya pusat sehenti bagi komuniti pelari. 

Lebih daripada sekadar stor, Run Hub ini dicipta sebagai simbol kepada semangat larian moden. Tempat di mana prestasi, komuniti dan inspirasi bersatu. Selepas kejayaan konsep serupa di Jepun dan China, edisi Malaysia membawa falsafah yang sama ke Asia Tenggara. Menyokong pelari bukan sahaja dalam pergerakan, tetapi juga dalam minda dan semangat. 

Hab untuk setiap pelari

Run Hub KLCC direka sebagai destinasi sehenti yang menggabungkan segalanya yang diperlukan untuk bersiap, berlatih dan berhubung dengan komuniti larian. Pelari boleh singgah untuk menyimpan barangan sebelum berlari, atau mencuba sepasang kasut prestasi New Balance (secara sewaan mengikut jam) bagi sesi larian di sekitar Taman KLCC. 

Menariknya, di dalam ruang moden ini turut tersedia stesen imbasan kaki 3D. Teknologi canggih yang menganalisis bentuk dan langkah unik setiap pelari. Dengan panduan daripada pakar dalaman, pengunjung akan menerima cadangan model kasut paling sesuai untuk prestasi maksimum dan keselesaan peribadi.

Lebih daripada sekadar tempat membeli-belah, Run Hub ini dicipta untuk menyatukan komuniti. Ia menjadi tempat untuk berkongsi cerita, mengikuti bengkel, menyertai group runs, atau sekadar bertemu rakan pelari baharu. Dalam era di mana gaya hidup sihat semakin mendapat tempat, New Balance Run Hub KLCC muncul sebagai simbol keseimbangan antara prestasi, komuniti dan inspirasi. 

Fresh Foam X 1080v15, kasut larian harian terkini

Sebagai sebahagian daripada pengalaman di Run Hub, pengunjung juga berpeluang untuk mencuba Fresh Foam X 1080v15, evolusi terbaharu bagi kasut larian max-cushion ikonik New Balance. Direka untuk keselesaan, kepelbagaian dan pergerakan yang lancar, model ini mencerminkan komitmen New Balance terhadap inovasi yang diinspirasikan oleh pelari sebenar.

Dicipta untuk setiap jarak, daripada larian harian hingga sesi jarak jauh. 1080v15 menggabungkan kejuruteraan tepat dengan pendekatan berasaskan manusia, menghasilkan pengalaman larian yang lebih seimbang dan nyaman di setiap langkah.

Artikel berkaitan: INSPIRASI LELAKI MODEN: KETAHANAN, DISIPLIN & GAYA HIDUP SIHAT

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

joe flizzow adidas

GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR

Bacaan Lanjut
5 SUKAN UNTUK LELAKI MODEN: DARI GYM KE OUTDOOR ADVENTURE

5 SUKAN UNTUK LELAKI MODEN: DARI GYM KE OUTDOOR ADVENTURE

Bacaan Lanjut

BUKAN SEKADAR LASAK: SUKAN EKSTREM PILIHAN LELAKI HARI INI

Bacaan Lanjut

HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut
angin pasang lelaki

ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!

Bacaan Lanjut
coco gauff

BINTANG TENIS COCO GAUFF TAMPIL MENGANCAM DENGAN NEW BALANCE X MIU MIU 2025!

Bacaan Lanjut