PACO RABANNE PHANTOM, HARUMAN PERTAMA MENGGUNAKAN NFC CHIP
Phantom, haruman terkini buat lelaki dari Paco Rabanne yang membawa inovasi baharu dalam dunia haruman menerusi gabungan tradisi pembuatan minyak wangi dan teknologi masa depan.
“Pasukan kerja Paco Rabanne meminta saya dan Juliette Karagueuzoglou berkongsi visi kami tentang masa depan Paco Rabanne,” kongsi Loc Dong tentang bibit awal penghasilan haruman ini. Dan dari situ Loc mula berkarya dan dia seronok apabila Paco Rabanne memberi kebebasan untuknya berkarya berpandukan imaginasinya tentang masa depan. “Ia sesuatu yang cukup mengujakan,” tambahnya.
Menurut Loc dan Juliette, sementelah mereka diberi kebebasan jadi mereka berdua cuba mencipta sesuatu yang di luar kebiasaan. Idea asalnya ialah mahu menggabungkan futurism dan sejarah, inovasi dan kemahiran pembuatan, kesegaran dan ketagihan. “Saya mahu menghasilkan sesuatu yang menzahirkan kesegaran. Terima kasih kepada A.I dan saya mampu menghasilkan sesuatu yang punya hubung kait dengan elemen futuristik dan digabungkan dengan lavender beserta nota-nota dalam arkib Paco Rabanne.
Lebih menarik, dua haruman ini dibangunkan di dua negara memandangkan Loc Dong menetap di New York manakala Juliette Karagueuzoglou pula bermastautin di Paris. “Saya berada di paris sewaktu bau pertama dicipta dan pulang ke New York. Saya memang mahu hasilkan haruman ini bersama-sama Juliette. Bila kita lakukan sesuatu yang kita suka, jarak bukan penghalang, New York dan Paris terasa dekat bila dua sahabat diberi peluang untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa.
Mendasari bahan-bahan di dalam haruman ini, Phantom ditunjangi dengan bau lavender yang mana ia menjadi bintang ramuan kepada minyak wangi ini. Juliette dan Loc memilih pavandin yakni bukan sejenis lavender yang biasa digunakan dalam mana-mana bahan kecantikan. Lebih menarik haruman ini juga menggunakan molekul ciptaan manusia iaitu creamytone yang mana baunya cukup sensual dan juga ditambah dengan styrallyl.
Jika bercakap tentang botol haruman, Paco rabanne sering sahaja tampil dengan idea luar biasa. Dulu pernah tampil dengan rekaan ala trofi atau piala, ada juga serupa jongkong emas dan yang terkini, Paco Rabanne tampil dengan botol haruman dalam bentuk robot.
Apa yang membuatkan Phantom cukup berbeza dengan haruman sedia ada, ia bukan sekadar semburan untuk mewangikan tubuh semata ia juga disuntik dengan elemen masa depan dengan sentuhan teknologi iaitu Artificial Intelligence (A.I), yang mana minyak wangi ini boleh dihubungkan dengan telefon pintar, dan pengguna boleh menggunakan feature yang ada di dalam aplikasi tersebut seperti filter gambar dan sebagainya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA
Tahun ini, Aesop merangkumi tawaran hadiah yang melimpah dengan koleksi baru kit hadiah edisi terhad yang terinspirasi daripada sinema.
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
RUTIN SKINCARE 2024 : 5 LANGKAH UNTUK KULIT WAJAH SIHAT
Dengan rutin skincare 2024 mudah ini, kulit anda akan kelihatan lebih segar dan sihat setiap hari.
HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000
Rumah wangian Perancis, Henry Jacques yang terkenal dengan minyak wangi tulen kini memperkenalkan himpunan Collection de l’Atelier dengan set tiga haruman edisi terhad yang eksklusif.
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.