SERUM LANCÔME ADVANCED GÉNIFIQUE KINI #TESTEDFORLIFE
Advanced Génifique merupakan serum pembaikan kulit paling canggih Lancôme setakat ini. Untuk membuktikan keberkesanannya, GL menjemput enam personaliti untuk berkongsi pengalaman.

Terbukti berkesan terhadap keadaan yang paling ekstrem, serum Advanced Génifique adalah serum pembaikan kulit paling canggih Lancôme setakat ini. Mengubah kualiti kulit dari hari pertama dan memulihkan kulit kelihatan muda dalam tujuh hari.

Hasil penyelidikan produk selama lima belas tahun dan kajian selama dua dekad dalam bidang sains mikrobiom telah melahirkan elixir yang memberi impak dalam menangani kesan tekanan dalaman dan luaran yang menyebabkan tanda-tanda penuaan kulit pramatang.

Tahun ini, Lancôme pergi lebih jauh bersama serum Advanced Génifique yang melalui ujian intensif untuk membuktikan ia sememangnya #TestedForLife ; tidak kira jantina, iklim atau gaya hidup. Dengan tiga ujian berasingan, yang dijalankan dalam semua jenis keadaan sepanjang tahun, hasilnya sangat menakjubkan.
Génifique berlalu dengan cemerlang. Bukan sahaja diuji pada wanita, tetapi lelaki juga, malah berjaya mendapati bahawa serum Advanced Génifique kini benar-benar terbukti untuk semua. Juga menunjukkan keberkesanannya yang luar biasa dalam membaiki fungsi penghalang kulit, walaupun dalam keadaan iklim yang mencabar. Anda boleh mempercayai Génifique untuk datang menyelamatkan kulit anda daripada penceroboh.

Tidak kira kulit berminyak, kering atau sensitif, Génifique telah benar-benar direka dengan teliti untuk semua.

Untuk membuktikan keberkesanan serum Advanced Génifique dari Lancôme. GLAM menjemput enam personaliti untuk berkongsi pengalaman mereka. Dari pelbagai latar-belakang, tanggungjawab dan jantina yang berbeza. Mari dengar pendapat mereka buat #GénifiqueForAll.

Artikel berkaitan NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: ZHEN NINGG
Daiyan Trisha
Kini #TestedForLife, serum Advanced Génifique daripada Lancôme menyempurnakan rutin cantik buat @daiyantrisha sehingga dia merasakan seperti tidak lengkap tanpanya. “Serum ini buat saya selesa dengan kulit saya sambil melindungi kulit saya daripada sebarang penceroboh yang keras”, kata Daiyan.
Jestinna Kuan
“#GénifiqueForAll bercakap mengenai inklusiviti dan kepelbagaian yang diwakili oleh Lancôme’s Advanced Génifique Serum”, kata Jestinna. Dia menghargai dan menerima idea bahawa Génifique adalah tentang menerima kecantikan dalam semua bentuknya dan meraikan keunikan setiap individu.
Zhen Ning
#GénifiqueForAll bermaksud benar-benar untuk semua orang. Tidak kira jantina, dari mana mereka berasal atau jenis kulit. Bagi Ning, ia penggalak keyakinan kerana serum ini menyerlahkan kulitnya dan memastikan dia sentiasa bersedia di depan lensa kamera.
Nazreem Musa
“Sebagai usahawan, content creator dan model, saya sering bergelut untuk mendapatkan tidur yang secukupnya,” dedah Nazreem Musa. Untuk mengekalkan rutin penjagaan kulit yang baik dia memilih serum Advanced Génifique. Serum ini mengandungi bahan-bahan yang sangat bermanfaat sehingga membuatkan dia berasa yakin dan terlindung.
Sonya Danita
Penggemar Génifique, Sonya Danita benar-benar menyukai rangkaian ini kerana is sesuai dengan kulitnya. “Ramai orang memberitahu saya bahawa saya kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar. Génifique memainkan peranan penting buat diri saya”, kongsi Sonya.
Yiu Lin
Bergelar usahawan dan juga ibu, membuatkan dirinya sentiasa sibuk. Sejak menggunakan serum Advanced Génifique, wajahnya semakin menyerlah. “It’s my guilty pleasure. Serum ini melengkapi rutin saya setiap hari,” jelas Yiu Lin.
Dapatkan serum Advanced Génifique di butik atau kaunter kecantikan Lancôme atau layari laman rasmi di lancôme.com.my
Tags
Artikel Yang Berkaitan
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
5 LAGU TERBAIK NYANYIAN NAIM DANIEL PILIHAN GLAM LELAKI
Terokai 5 lagu terbaik Naim Daniel pilihan GLAM Lelaki. Dari "Sumpah" hingga "Seni Berdamai Dengan Takdir", lihat evolusi seni beliau di sini.
TENGKU MER, CONTENT CREATOR GENERASI BAHARU MESTI ‘FOLLOW’ DI MEDIA SOSIAL
Tengku Mer membawa perspektif segar dalam dunia fesyen dan gaya hidup digital. Dia menggabungkan keberanian gaya, keaslian diri dan kreativiti kandungan yang memikat perhatian generasi media sosial.
RAHSIA KULIT KEPALA SIHAT: PANDUAN GROOMING LELAKI MODEN
8 langkah penting untuk mengekalkan kesihatan kulit kepala lelaki bagi memastikan rambut kekal sihat, kuat dan mudah digayakan.











