Skip to content

SERUM MATA, PENAWAR KELETIHAN & KELESUAN WAJAH

Kongsikan artikel ini

GLAM LELAKI membariskan empat serum mata untuk anda cuba, merawat masalah lazim mata, dari hal keletihan, mata sembap hinggalah garis halus dan kedutan.

Pada area wajah, bahagian yang mula-mula menunjukkan tanda penuaan adalah di bahagian mata. Kulit di sekitar mata nipis, dan area mata juga banyak bergerak sebagai medium ekspresi, pergerakan kening dan adakalanya digosok-gosok dengan tangan menyebabkan garis halus atau kedutan lebih awal muncul di bahagian mata berbanding kawasan lain. Apabila tidak cukup rehat atau tidak cukup tidur, bahagian mata akan lebih jelas menampakkan keletihan, rupanya sembap.

Jika sebelum ini anda lebih lazim menggunakan krim mata biasa, rasanya anda sudah boleh melabur lebih dengan membeli serum untuk mata pula, selain keberkesanannya, teksturnya juga lebih ringan. Sapukannya pada bahagian mata menggunakan jari manis sebelum tidur. GL bariskan beberapa serum mata untuk anda pertimbangkan yang simboliknya bagaikan minuman tenaga isotonic untuk lelaki menambah tenaga.

Kiehl’s Midnight Recovery Eye

Saya pernah ke New York dan menjengah ke makmal Kiehl’s yang terletak di New Jersey. Saya diterangkans endiri bagaimana produk ini dihasilkan. Item penjagaan mata ini adalah kesinambungan kepada produk ikonik Kiehl’s Midnight Recovery yang mana rangkaian ini memang dicipta untuk diaplikasi pada waktu malam. Mula diperkenalkan pada tahun 2010, ekstrak botani serta bahan ikonik Keihl’s iaitu squalane (diambil dari buah zaitun) bersama minyak esensi lavender yang diadun mesra di dalam tiub kecil ini merawat kulit di bahagian mata sewaktu kita beradu. Midnight Recovery Eye membuatkan mata berasa lebih segar, lebih muda dari sebelumnya, menyingkir sembap mata dan penggunaan berterusan ia akan memudarkan garis halus dan mengurangkan kesan kedutan.

Clarins Men Anti-Fatigue Eye Serum

Produk khusus yang dicipta untuk lelaki ini mempunyai formula khusus untuk merawat mata yang tampak letih dan menua menerusi bahan aktif yang diceduk atau diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Antara bahan yang digunakan di dalam serum ini ialah ekstrak rumput bison yang mana ia bertindak merangsang tenaga pada kulit sekitar mata, memperlahankan aktiviti sel kulit yang biasanya menjadi punya pudarnya seri kulit dan menyebabkan garis halus dan kedutan berlaku. Ia juga mengandungi ekstrak gymnema dan ekstrak beri goji organic selain avocado untuk membuatkan kulit sekitar mata lebih anjal.

Artikel Berkaitan: Empat perkara penting yang mesti kamu beri perhatian jika mahu age gracefully.

Fresh Black Tea Firming Eye Serum

Fresh satu jenama penjagaan kulit yang menggabungkan bahan semula jadi, ritual turun-temurun dan sains moden dalam penghasilan produknya. Serumd alam tekstur gel dan losen ini antara yang laris dibeli oleh peminat setia jenama yang berasal dari Boston, Amerika ini. Ia menggunakan the hitam yang menggabungkan pelbagai ekstrak termasuk daun beri hitam dan laici, yang mana kesemua bahan ini difokuskan kepada merawat kesan radikal, eye bags dan melembutkan kontur bahagian mata.

Chanel Blue Serum Eye Revitalising Concentrate

Serum ‘biru’ ini menggunakan bahan-bahan yang diambil dari tempat-tempat terpencil yang masih belum tercemar, dan setahu saya salah satu bahannya diambil dari satu kawasan kecil di Jepun yang masih terpelihara dari sebarang kerosakan alam. Ia dicipta untuk memperlahankan kesan penuaan, membuatkan kontur mata tampak lebih muda selain merawat masalah biasa mata seperti sembap dan mata sembap selain masalah garis halus dan kedutan jika digunakan secara konsisten. Selain bahan semula jadi yang diambil dari bahagian ‘terlindung’, ia juga mengandungi kopi hijau dari Costa Rica dan minyak pohon zaitun dari Sardinia.

Artikel Berkaitan: 10 Produk Cantik Paling Ikonik Sepanjang Zaman

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

Bacaan Lanjut

RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM

Bacaan Lanjut
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut
YSL Beauty

SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
Rutin Penjagaan Kulit

4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA

Bacaan Lanjut
Haruman Chanel

WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF

Bacaan Lanjut