Skip to content

TIGA HARUMAN BAHARU SETIAP LELAKI MESTI MILIKI

Kongsikan artikel ini

Bulan ini dunia grooming lelaki hangat dengan keluaran tiga haruman baharu. Ketahui tiga haruman baharu yang wajar dicuba dan dimiliki segera.

Above Us, Steorra Eau de Parfum 

Aesop grooming lelaki

Above Us, Steorra merupakan wangian Eau de Parfum yang menampilkan gabungan unik Cardamom (buah pelaga). Bermula dengan haruman campuran seperti sitrus dengan kehangatan lembut di nota dasar bersama ‘fabulist accord’, iaitu aroma amber yang dibayangkan.

Ramuan kompleks seperti Frankincense, Labdanum dan Vanilla Bean mencipta sensasi resin pokok fosil yang beraroma, walaupun biasanya tidak berbau.

Wangian ini bermula dengan percikan segar Bergamot, disusuli Cardamom dan Elemi yang pedas. Menurut penciptanya, kesannya seakan melihat ekor meteor. Iaitu cahaya terang yang berkilau dalam gelapnya ruang angkasa.

Nota tengah menyerlahkan kehangatan amber melalui aroma kayu dan kulit Cypriol Heart yang bergabung dengan Labdanum dan Frankincense. Lantas, menghasilkan haruman yang resinous, pedas dan sedikit sitrus.

Di nota asas, Cardamom muncul kembali dengan karakter lebih pedas dan berasap, manakala Cypriol Heart dan Cinnamon menambah dimensi aroma yang kaya dan bertekstur. Vanilla Bean pula memberi sentuhan hangat seperti rum dengan nota balsamik pedas, yang menguatkan lagi kemewahan aroma amber ini.

Bleu de Chanel L’Exclusif 

Bleu de Chanel L’Exclusif ialah wangian lelaki beraroma ambery-aromatik yang memancarkan kehangatan dan kehalusan. Komposisinya tersusun dengan kaya dan elegan, menonjolkan nota kayu. Khususnya sandalwood dari New Caledonia. Ia digabungkan bersama labdanum resinous, nota amber, kulit (leather) dan elemen kayu lain, menghasilkan keseimbangan aroma yang kuat namun harmoni.

Mengikut laman rasmi Chanel, wangian ini dirumus dalam gaya Extrait de Parfum, menjadikannya ciptaan kompleks dengan jejak haruman yang memikat. Karakter woody yang menjadi tanda ikonik Bleu de Chanel telah diperkuat, memberikan aura yang lebih hangat dan misteri. Nota kulit dan amber menjadikannya versi paling enigmatis dalam koleksi Bleu de Chanel merupakan aroma yang tidak mudah dijangka, namun semakin mendalam apabila disembur pada kulit.

Bleu de Chanel L’Exclusif dicipta untuk berkembang secara berlapis, memperlihatkan nuansa demi nuansa. Ia meninggalkan jejak yang hangat, menyelubungi, dan bertahan lama. Dengan daya tarikan yang memikat.

Reka bentuk botolnya pula menyerlahkan kekuatan dan keanggunan wangian ini. Dengan garisan bersegi yang berani dan bentuk kubik yang ikonik, ia bukan sekadar bekas. Tetapi simbol visual kepada intensiti luar biasa wangian ini. Gabungan estetik moden dan kehalusan seni menjadikan botol ini objek berharga dan pernyataan gaya tersendiri.

Prada Paradigme

prada paradigme

Sejak semburan pertama, wangian ini menonjolkan aroma kayu berasap seperti Peru Balm dan Guaiac, sebelum perlahan-lahan berkembang menjadi haruman hijau geranium dengan sentuhan bunga yang lembut. Di lapisan akhir, bergamot Calabria dan musk melekat halus di kulit, menghasilkan aroma yang berlapis, tersusun dan menggoda. Ia tegas, tetapi tidak terlalu menyengat seperti kebiasaan kebanyakan wangian lelaki.

Namanya seakan-akan anagram abstrak kepada Prada mengingatkan kepada Paradoxe, meneruskan minat jenama ini terhadap dualiti, kontradiksi, dan kekuatan dalam kesederhanaan. Hasilnya ialah satu wangian yang mentakrif semula makna kekuatan melalui kelembutan dan kehalusan.

Tom Holland, wajah utama kempen ini, melambangkan keseimbangan tersebut. Dikenali dengan watak-watak yang penuh tenaga di layar, tetapi tetap merendah diri di luar, kehadirannya membawa mesej wangian ini dengan karisma semula jadi. Ada kelembutan dalam auranya, tetapi ia langsung tidak mengurangkan impaknya.

Artikel berkaitan: 5 PRODUK RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI BULAN INI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

2026 GROOMING UPGRADE: ERA KULIT SIHAT & TERSUSUN BUAT LELAKI

2026 GROOMING UPGRADE: ERA KULIT SIHAT & TERSUSUN BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut
james jirayu

JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU

Bacaan Lanjut
hakim parker

HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”

Bacaan Lanjut

HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Bacaan Lanjut
8 PRODUK GROOMING LELAKI YANG MENJADI 'HOLY GRAIL' BUAT LELAKI

5 PRODUK GROOMING LELAKI YANG MENJADI ‘HOLY GRAIL’ BUAT LELAKI

Bacaan Lanjut