TIP PULIHKAN BADAN PENAT BEKERJA
Penat bekerja dengan kerja menimbun, serta trafik yang sesak sudah cukup buatkan badan terlalu penat dan boleh mengundang kepada sakit kepala, tekanan dan sebagainya. Jangan risau. Pelbagai cara boleh diaplikasikan untuk meredakan masalah itu dengan mengikuti langkah GL sediakan khas untuk anda ini.

1. MINUM AIR TEH HIJAU
Minuman berkhasiat yang diamalkan masyarakat cina ini mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan dan minda kerana ia diperkaya dengan antioksida. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.
2. SENAMAN RINGKAS
Sebaiknya apabila setiba di rumah amalkan dengan melakukan aktiviti seperti bersenam atau paling tidak pun, menanam atau mengemas rumah. Ini kerana otak yang sudah penat bekerja di pejabat yang berhawa dingin boleh menyebabkan otak berfungsi dengan tidak baik. Senaman dapat menyalurkan oksigen kepada otak dan sekaligus badan akan cergas seperti sedia kala apabila badan sudah mengeluarkan peluh tatkala melakukan aktiviti di rumah.
3. MANDI AIR PANAS
Jika di rumah anda tidak ada sistem pemanas air mandian, apakata gunakan kaedah manual secara memasak air panas terlebih dahulu dan campurkan air panas tersebut sedikit dengan air yang bersuhu normal agar ia cukup berasa suam untuk kulit anda. Ia membantu dalam melegakan kaki yang penat dan sekaligus melancarkan peredaran darah dalam badan.
4. MINUM AIR LIMAU
Cuba amalkan meminum air bersama perahan limau sebelum masuk tidur.Gunakan lemon sebagai alternatif lain. Ia dapat membantu menangani penat badan agar keesokan harinya anda bangun dengan segar dan cergas.
5. URUT
Lakukan urutan seluruh badan sekali sebulan sebolehnya. Jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan.Ia dapat menyegarkan kembali badan dan melancarkan peredaran darah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.










