TOM FORD BEAUTY PERKENALKAN TOM FORD SOLEIL MUSIM PANAS
“Kehangatan amber dan campuran flora menyerlahkan keaslian haruman ini Soleil Brulant membuat anda ketagih, inilah versi Soleil paling menonjol,” kongsi Tom Ford singkat tentang haruman terbaru Tom Ford Beauty ini.
Diinspirasikan daripada kehidupan privasi musim panas, berjemur di bawah terik mentari di persisiran pantai, Tom Ford Soleil Summer 2021 edisi terhad ini memercikkan pengalaman solar keemasan yang penuh inovatif.
Haruman ini mengetengahkan amber sebagai material utama dan dikahwinkan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan untuk menambah hangat akan baunya. Antara kuntuman bunga yang disunting untuk diabadikan dalam haruman ini ialah bunga melati, tuberose dan bunga oren. Demi menyuntik elemen maskulin, Haruman ini juga diperindahkan dengan campuran kopi Arabica, tonka bean, vetiver, kulit dan juga madu hitam berserta elemen kayu-kayan.
Apa yang membuatkan kempen haruman ini lebih menarik, Tom Ford telah memilih aktor kelahiran Korea Selatan, Hyu Bin sebagai Tom Ford Fragrance Attache pertama di Asia Pasifik. Aktor yang mencetus fenomena sejak muncul menerusi siri ‘Snow Queen’ itu cukup teruja dengan pemilihan ini. Sebagai salah seorang peminat haruman Tom Ford sejak sekian lama, pemilihan ini adalah satu penghargaan dan cukup istimewa, saya teruja untuk terus bekerjasama dengan mereka,” jelasnya yang direncana muncul menerusi filem terbaru, ‘Bargaining’ pada tahun ini.
Hyu Bin yang yang berusia 38 tahun ini memulakan karier lakonannya sejak tahun 2003 pernah menerima anugerah Pelakon Paling Popular menerusi filem Millionaire’s First Love di malam Korean Baeksang Art Awards. Pada tahun yang sama juga Hyu Bin menerima trofi pelakon lelaki terbaik menerusi siri Snow Queen di majlis KBS Drama Award. Siri ‘Crash Landing on You’ yang dibintanginya pula mencetus fenomena dan mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai drama kedua mencatat rating tertinggi dalam sejarah televisyen Korea.
Tom Ford Private Blend Soleil Brûlant kini di butik Tom Ford Beauty Suria KLCC juga Pavilion, dan miliknya pada harga RM290 (10ml), RM 1480 (50ml) dan RM 3770 (100ml).
Artikel Berkaitan: BELAIAN HEAD-TO-TOE JACK BLACK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI
GLAM Lelaki menyenaraikan wangian terbaik daripada aroma berasaskan kayu pilihan Justin Bieber hingga bau vanila kegemaran Tom Brady.
HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000
Rumah wangian Perancis, Henry Jacques yang terkenal dengan minyak wangi tulen kini memperkenalkan himpunan Collection de l’Atelier dengan set tiga haruman edisi terhad yang eksklusif.
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.
SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU
Dengan edisi terkini keluarga Explorer, Montblanc Fragrance memperkenalkan wangian Montblanc Explorer Platinum untuk merakamkan semangat hero pengembaraan yang baharu.
15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023
Game. Set. Match! David Beckham, Orlando Bloom, Tom Hiddleston dan Roger Federer antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya off-court klasik penuh gentleman di Wimbledon 2023.
GOLDFIELD & BANKS, WANGIAN UNTUK LELAKI EKSKLUSIF DARI AUSTRALIA
Sensual dan eksotik, Island Lush daripada rangkaian Botanical Series oleh jenama wangian Australia, Goldfield & Banks akan menyerlahkan sisi lelaki alpha hari ini.