Skip to content

TROYE SIVAN BERPOTONGAN RAMBUT MULLET, GAYA PALING HANGAT TAHUN INI

Kongsikan artikel ini

Minggu lalu, penyanyi muda kelahiran Australia, Troye Sivan memuat naik gaya potongan rambut barunya di Instagram. Potongan rambut mullet menjadi pilihan untuk menjadikan penampilannya lebih segar tambahan pula single terbarunya ‘Easy’ turut dilancarkan minggu lalu. Menerusi muat naik pertama dia berambut mullet, Sivan menulis, “Ur rat boy” dan dia turut menyebut nama Space Kacey dan Mark Ronson seta Tarikh pelancaran single terbarunya itu. Rata-rata peminat memuji rambut barunya itu dan berpendapat gaya mullet sesuai dengan raut wajahnya.

 

Lihat postingan ini di Instagram

 

Sebuah kiriman dibagikan oleh troye sivan (@troyesivan)

GAYA RAMBUT SIMETRIKAL DIOR MEN

Potongan rambutan mullet tahun ini tiba-tiba menjadi perhatian. Miley Cyrus misalnya tampil lebih awal dengan gaya rambut mullet pada pertengahan tahun. Khabarnya dia memotong sendiri  rambutnya itu sewaktu lockdown. Gaya mullet juga menjadi perhatian pabila salah seorang peserta akhir Ru Paul Drag Race, Crystal Methyd turut tampil dnegan gaya rambut serupa. Tahun ini juga menyaksikan Rihanna tampil dengan potongan rambut yang cukup popular pada tahun 1970-an tersebut.

Mullet begitu diminati pada tahun 70-an, rata-rata bintang ternama era itu berseronok dengan pelbagai gaya mullet. David Bowie antara selebriti yang cukup sinonim dengan gaya mullet selain Paul McCartney dan Rod Stewart. Pada tahun 90-an pula gaya mullet kembali popular selepas kumpulan Beastie Boys tampil dengan gaya tersebut. Awal tahun ini Miley Cyrus turut tampil dengan gaya mullet di pertunjukan fesyen Marc Jacobs di New York, tapi gaya mullet nya tidak begitu ketara, lebih nampak seperti gaya bangs semata.

JENAMA PENJAGAAN RAMBUT TERBARU LOKAL

By Khairul Abidin
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!

Bacaan Lanjut
4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA

4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA

Bacaan Lanjut

8 JENAMA SKRUB TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Wangi

10 TIP RAMBUT KEKAL WANGI DALAM 48 JAM

Bacaan Lanjut

3 JENAMA PENJAGAAN FESYEN TERBAIK

Bacaan Lanjut