VALENTINE HAMPIR TIBA, LELAKI GROOMING PLEASE!
Hari Valentine hampir tiba, dan tidak kira apa pendirian anda —sama ada anda menyambutnya, menolaknya, atau tidak peduli, GROOMING please!—satu perkara yang tidak boleh disangkal: ini adalah masa yang sempurna untuk meningkatkan rutin penjagaan diri anda.
GLAM Lelaki percaya bahawa anda tidak memerlukan alasan untuk mengamalkan tabiat penjagaan diri yang baik atau menikmati sedikit self-care. Tetapi jika anda memerlukan dorongan, 14 Februari adalah masa terbaik untuk menyemarakkan semangat itu.
Fikirkanlah: Jika anda akan keluar dengan seseorang yang baru untuk temu janji, tampil dengan penampilan yang rapi bukan sahaja menunjukkan bahawa anda menghormati diri sendiri, tetapi juga menunjukkan rasa hormat terhadap pasangan anda.
Jika anda sudah lama bersama pasangan, usaha lebih dalam penampilan pada hari istimewa ini menunjukkan bahawa anda ingin menjadikan malam tersebut lebih istimewa, bukan sekadar rutin biasa. Dan jika anda bersendirian, memanjakan diri dengan penjagaan diri yang menyeluruh boleh menjadi satu cara terbaik untuk menunjukkan cinta kepada diri sendiri—sekali gus menjadikan Hari Valentine solo anda lebih menarik dan bermakna!
Naik Taraf Pengayaan Rambut
Pomade mungkin sahabat baik anda ketika anda ingin merapikan rambut untuk mesyuarat penting, tetapi pada Hari Valentine, inilah masanya untuk tampil lebih santai. Tukar pomade anda kepada krim penggayaan, yang masih memberikan cengkaman mencukupi untuk mengekalkan gaya rambut anda tetapi dengan kemasan lebih semula jadi—sesuai untuk membuat si dia ingin menyentuh rambut anda.
Tips: Ambil sedikit sahaja dan sapukan pada rambut yang telah dikeringkan dengan tuala. Gunakan tangan anda untuk membentuk gaya yang diinginkan, kemudian biarkan ia kering secara semula jadi untuk mendapatkan penampilan yang lebih kasual dan moden.
Look Rested
Tiada siapa yang suka duduk berhadapan dengan seseorang yang kelihatan seperti tidak cukup tertidur. Gunakan masker bawah mata selama 15 minit sebelum keluar rumah untuk mengurangkan bengkak, mencerahkan lingkaran hitam, dan membuat mata anda kelihatan lebih segar serta bertenaga.

Tips: Simpan masker ini di dalam peti sejuk untuk kesan tambahan—jika ia sejuk, ia akan menghilangkan bengkak di bawah mata dengan lebih cepat dan berkesan.
Tapak Tangan Yang Mesra
Anda mungkin fikir mereka tidak perasan tangan anda, tetapi percayalah, mereka perasan! Tidak kira sama ada anda menghabiskan hari dengan menaip di komputer atau bekerja dengan tangan, tangan yang kasar, kering, dan merekah boleh menjadi sesuatu yang kurang menarik.

Tips: Sapukan krim tangan yang cepat meresap sekerap yang anda mahu, tetapi pastikan anda menggunakannya sebelum bertemu si dia untuk janji temu. Kesannya? Sentuhan pertama yang lebih menyenangkan—dan tangan yang lembut boleh memberi impak yang besar!
Kaki & Kuku Rapi
Merawat kuku dengan penjagaan profesional adalah pelaburan jangka panjang, kerana tiada siapa yang mahu berbaring di atas katil dan terasa kuku kaki tajam mencalarkan kulit. Pedikur yang baik memastikan kuku kaki dipotong dan bersih, tumit bebas daripada kulit kasar, serta kaki kekal lembap dan licin.
Tips: Jika anda tidak mempunyai masa untuk mendapatkan penjagaan profesional, anda boleh melakukannya sendiri (DIY), dan langkah pertama ialah merendam kaki dalam air suam dengan bahan penjagaan khas.
Senyuman Bergaya
Mata mungkin jendela kepada jiwa, tetapi senyuman anda juga menceritakan banyak perkara tentang diri anda.Senyuman yang putih berseri bukan sahaja mencerminkan amalan kebersihan diri yang baik, malah ada yang percaya ia boleh membuat anda kelihatan lebih muda dan menarik.
Tips: Beberapa hari sebelum Hari Valentine, mulakan penggunaan sistem pemutihan gigi dengan bantuan LED, yang dapat mempercepatkan proses pemutihan. Dengan cara ini, senyuman anda akan kelihatan cerah dan menawan tepat pada masanya untuk malam istimewa itu!
Rapi Manscaping
Sebanyak 62% wanita lebih suka lelaki yang merapikan bulu di bahagian intim. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa 46% lelaki yang melakukan manscaping hanya melakukannya sekali-sekala.
Tips: Gunakan alat pencukur yang direka khas untuk badan (bagi mengelakkan sebarang kecederaan), dan ikuti langkah-langkah yang betul supaya anda dapat melakukannya dengan selamat dan berkesan.
Wangian Pada Kadar Berpatutan
Memakai wangian adalah wajib, tetapi jika berlebihan adalah sangat, sangat buruk. Bau yang terlalu kuat, seolah-olah anda baru sahaja berjalan melewati semburan tester di gedung membeli-belah. Rahsia memakai minyak wangi dengan betul ialah menggunakan jumlah yang tepat— cukup untuk membuat si dia ingin mendekati, tetapi tidak sampai meninggalkan bau anda pada mereka selepas berpelukan.
Tips: Untuk memastikan anda tidak berlebihan. Gosok sedikit pada pergelangan tangan dan leher—kaedah ini lebih terkawal dan mengelakkan anda daripada menggunakan terlalu banyak.
Pupur Muka
Tidak semua keseronokan Hari Valentine perlu berlaku semasa temu janji di luar. Sebaliknya, merancang malam yang santai di rumah. Mulakan dengan sesi spa DIY untuk membantu anda dan pasangan bersantai. Pakej sheet mask seperti Garnier SkinActive Super Hydrating Sheet Masks adalah pilihan terbaik dalam situasi ini.

Tips: Dengan hanya menggunakan sheet mask, suasana rumah anda boleh bertukar menjadi retreat Hari Valentine—sama ada anda bersama seseorang atau menikmatinya sendiri. Dan jika anda mempunyai janggut atau misai, cari sheet mask yang direka khas untuk lelaki yang memiliki bulu wajah agar kesannya lebih efektif!
Hindar Bau Hapak
Lumrah buat lelaki mengeluarkan bau badan kerana faktor testeroran yang tinggi. Pewangi ketiak juga penting bagi memastikan bau di celah lipatan tidak menyebar ke sekeliling. Penggunaan produk yang betul akan menjamin kualiti bau ketiak. Jangan terkejut jika pasangan anda, suka dengan bau ketiak anda yang bercampur dengan deodorant.
Tips: Elak makanan yang berasaskan bawang, yang terlalu banyak seminggu sebelum hari istimewa.
Apa pun alasan anda untuk menaik taraf rutin penjagaan diri pada Hari Valentine ini, anda tidak akan rugi dengan mana-mana langkah yang kami cadangkan. Bonus point jika anda meneruskannya selepas 14 Februari!
Pautan Berkaitan: WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.











