Skip to content

VOLUM RAMBUT LEBIH TEBAL? INI RAHSIANYA…

Kongsikan artikel ini

Pada zaman kini, lelaki sudah mula mengalihkan perhatian bukan saja dalam aspek kesihatan rambut, namun dari segi pengayaan. Dan kini, rambut volume tebal menjadi satu kegilaan buat lelaki, namun tidak semua yang sanggup ke salun untuk melakukan perawatan rambut dek kekangan masa dan bajet.

Namun anda tidak perlu khuatir. Yang pasti, ada satu tip perawatan yang boleh menjadikan rambut anda lebih kuat, beralun dan tebal. Menuurt Boswell Scot, pemilik salun Best Barber di New York, AS, ramai lelaki tidak mengetahui bahawa deep conditioner mampu mengubah penampilan rambut mereka menjadi lebih tebal dan seterusnya sihat dan mempersonakan.

“Perapi mampu memperbaiki setiap helaian rambut kering sehingga meningkatkan kualiti rambut anda,” jelas Scot lagi.

Namun isunya sekarang kebanyakan lelaki enggan dan malas menggunakan conditioner atau perapi rambut kerana ia meningalkan rasa melekit pada tangan ketika menggunakannya. Yang pasti, manfaat perapi rambut ini sangat penting untuk lelaki agar rambut tebal dan lebih mudah digayakan.

Scot menyarankan lelaki untuk melakukan deep conditioning sekali seminggu. Namun, pastikan kulit kepala anda tidak terkena. Selepas mengaplikasikan perapi rambut, biarkan rambut selama 10 hingga 15 minit. Akhir sekali, bilas dengan air hingga bersih.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RAHSIA KULIT KEPALA SIHAT: PANDUAN GROOMING LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut

LANGKAH UNTUK KEKAL RAPI & KEMAS UNTUK LELAKI DI PAGI RAYA

Bacaan Lanjut

TIPS PENJAGAAN MULUT KETIKA BULAN PUASA AGAR TIDAK MUDAH BERBAU

Bacaan Lanjut
influencer lelaki malaysia

SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA

Bacaan Lanjut

7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut