10 ASAS TAMPIL BERGAYA SETIAP LELAKI WAJIB TAHU!
Ada 1,001 sebab mengapa lelaki membuat keputusan mahu kelihatan lebih bergaya berbanding hari-hari sebelumnya.
Mungkin anda mahu menghadiri temuduga kerja, atau sekadar mahu tampak lebih matang dek faktor usia yang semakin meningkat. Walau apa jua alasan anda, ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mencapainya.
Definisi mudah bukan bermakna sekadar menyarung pakaian berjenama. Ia jauh daripada itu. Ia memerlukan pengorbanan masa, usaha serta duit, dan anda perlu komited pada gaya hidup ini.
Ikuti 10 tip ini sebagai permulaan untuk kelihatan lebih bergaya
1. Tentukan Stail Peribadi
Apa juga gaya pilihan, pastikan anda selesa dengan pakaian yang disarungkan. Penampilan yang baik akan membantu meningkatkan keyakinan diri. Jika anda menggayakan stail yang dicadangkan di media sosial walaupun itu bukan gaya sebenar anda, tentunya anda tidak akan berasa selesa. Dan itu akan jelas kelihatan melalui bahasa tubuh. Jadi mulakan dengan mengenal kenal pasti gaya peribadi.
2. Jangan Terlalu Mengikut Trend

Foto: Freepik/Senivpetro
Stail dan fesyen adalah dua perkara yang sangat berbeza. Jika anda mengikut trend, anda sentiasa perlu menambah koleksi pakaian dalam almari. Seperti yang pernah dikatakan Ralph Lauren, “Stail adalah sesuatu yang sangat peribadi. Ia tiada kaitan dengan fesyen. Fesyen akan lapuk namun stail kekal selamanya.” Dan kenyataan ini tentunya benar. Jika anda sentiasa mahu berfesyen, anda tidak akan dapat tampil bergaya.
3. Penuhkan Almari Dengan Pakaian Asas
Pastikan anda memiliki koleksi pakaian asas yang akan sentiasa kelihatan bergaya dan tidak lapuk dek zaman. Antaranya kasut sniker putih minimal, denim berwarna gelap dan kemeja polo rona biru kelasi. Pakaian ini tetap boleh digayakan walau tahun silih berganti.
4. Fikirkan Tentang Versalititi
Anda boleh menghasilkan pelbagai gaya dengan beberapa helai pakaian yang tepat. Sebagai contoh, blazer rona biru kelasi sesuai dipadankan dengan chino, denim, celana, kasut dan sniker. Sekali gus memberi anda pilihan untuk tampil bergaya atau lebih kasual mengikut keperluan.
5. Pilih Tukang Jahit Yang Mahir

Foto: Freepik
Bukan semua pakaian yang anda beli muat elok pada badan, jadi anda perlu berbelanja lebih untuk dapatkan khidmat tukang jahit. Anda banyak pilihan murah di luar sana, namun sebaiknya pilih tukang jahit berkemahiran tinggi. Anda pasti tidak mahu menggayakan celana panjang yang terjungkit pada bahagian hujung kaki atau bahagian bahu kemeja yang gedoboh.
6. Pelajari Cara Menjaga Pakaian
Pakaian memerlukan penjagaan yang baik. Tiada gunanya melabur wang ringgit pada pakaian mahal jika tidak menjaganya dengan betul. Beli berus dan krim pelindung kasut, penyangkut baju berkualiti untuk menggantung kot dan blazer, serta beg pelindung untuk memastikan pastikan anda sentiasa bersih dan terjaga. Ini akan membantu memanjangkan hayatnya.
7. Cari Kedai Tepat Untuk Saiz Tubuh Anda
Dengan globalisasi dan aliran fesyen yang pantas, kebanyakan kedai tidak menawarkan saiz yang sama. Contohnya saiz L yang anda beli dari kedai A jauh lebih kecil potongannya berbanding saiz L yang anda beli di kedai B. Perumpaannya seperti membeli di butik Uniqlo dan H&M. Jadi luangkan masa mencari kedai yang menawarkan pakaian tepat untuk saiz badan anda.
8. Melabur pada Aksesori Berkualiti

Foto: Freepik/V.ivash
Jangan hanya menggayakan tali pinggang hitam dengan kasut roa coklat setiap hari. Raikan kepelbagaian warna. Beli aksesori seperti stoking, sapu tangan dan tali pinggang berkualiti yang boleh bertahan lama dalam pelbagai rona.
9. Elak Gayakan Banyak Aksesori
Pepatah ‘less is more’ sememangnya tepat bila bercakap tentang aksesori. Untuk kelihatan bergaya, minimumkan kepada tiga sahaja termasuk jam tangan. Jangan gayakan sebarang aksesori jika tidak perlu. Contohnya tidak perlu pakai penyepit tali leher jika anda memakai kot. Ini kerana kot memberi fungsi sama dengan mengekalkan tali leher pada posisinya.
10. Beli Kasut Berkualiti Tinggi
Ini adalah langkah paling penting. Mustahil untuk seorang lelaki tampak bergaya jika menyarung sepatu tidak berkualiti. Jadi jangan takut berbelanja besar pada kasut. Ia akan bertahan lama dan menjimatkan anda dalam jangka panjang.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: TEKNIK PEMAKAIAN DOMPET TIDAK SEMUA LELAKI TAHU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 CARA GAYA KARDIGAN DI MALAYSIA & KEKAL STAILO
Sama ada untuk tampilan santai atau semi-formal, kardigan adalah pelaburan fesyen yang berbaloi.
GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, Oscar yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, bintang-bintang lelaki Hollywood mempamerkan gaya fesyen yang memukau di karpet merah.
ETIKA PEMAKAIAN DI HARI RAYA: BAJU MELAYU ATAU KURTA
Di Malaysia, dua pilihan pakaian tradisional lelaki yang sering menjadi pilihan utama untuk menyambut Hari Raya adalah Baju Melayu dan Kurta.
8 ETIKET MEMILIH SONGKOK YANG SEMPURNA DI HARI RAYA
Songkok adalah simbol kehormatan dan kemegahan dalam menyambut Hari Raya yang penuh bermakna. Selain melengkapi penampilan, ia juga simbolik imej.
STYLISH BAK GAYA ROMEO BECKHAM DI HARI VALENTINE
Pakaian apa yang patut digayakan untuk temu janji istimewa di Hari Valentine? Amati gaya street style terbaik Romeo Beckham sepanjang masa.
6 FESYEN LELAKI PALING DIINGATI DALAM SEJARAH GRAMMY
Stail selebriti antara aspek yang paling mencuri perhatian apabila munculnya musim anugerah, begitu juga di Grammy.