Skip to content

10 GAYA TERBAIK BINTANG HOLLYWOOD DI BET AWARDS 2024

10 GAYA TERBAIK BINTANG HOLLYWOOD DI BET AWARDS 2024

Kongsikan artikel ini

Anugerah khas buat artis berkulit hitam, BET Awards tahun ini berlangsung meriah dengan kehadiran selebriti dan nama-nama besar dalam industri.

BET Awards meraikan pencapaian cemerlang penghibur berkulit hitam dan golongan minoriti dalam bidang muzik, perfileman, sukan dan filantrofi.

Karpet biru tahun ini hangat dengan kehadiran selebriti wanita gaya anggun menawan. Namun turut mencuri perhatian adalah selebriti lelaki dalam persalinan segak dan bergaya.

Walaupun putih menjadi pilihan popular tahun ini, beberapa selebriti tampil lebih berani dengan menggayakan persalinan dengan rekaan avant-garde dan rona terang.

Lihat stail selebriti lelaki di karpet merah BET Awards

Usher yang merupakan penerima Lifetime Achievement Award tahun ini membuktikan padanan blazer dan celana denim tidak pernah lapuk dek zaman.

bET Awards

 

Aktor dan penyanyi Algee Smith kelihatan segak dalam persalinan serba putih.

 

Jay Ellis tampil dengan gaya sama seperti Usher, namun bintang Insecure ini bijak menyeimbangkan elemen sofistikated dan kasual cool pada penampilannya.

 

Aktor Dolman Conmigo membawa kehangatan ke karpet biru dengan persalinan rona hitam bersama biasan merah.

 

Walaupun ramai memilih warna selamat di karpet biru, aktor Bryan Terrell Clark memilih untuk menggayakan sut dalam rona merah terang.

 

Penyanyi rap Vic Mensa tampil ringkas dalam jaket hitam dan celana kaki lebar. Rantai dempak melengkapkan gayanya.

BET Awards 2024

 

Bagaikan bintang rock, penyanyi rap 2 Chainz tampil bergaya dan edgy dalam persalinan kulit sarat perincian.

BET Awards 2024

 

Kot dan ves paras pinggang antara helaian popular di BET Awards 2024. Penyanyi Gunna turut menggayakannya dalam rona putih yang dipadankan bersama celana kaki lebar berjalur.

S

 

Aktor Bel-Air, Olly Sholotan menyarung sut santai rona ungu bersama beg duffel sedondon daripada pereka sama.

BET Awards

 

Cermin mata hitam penyanyi dan penulis lagu V.EDO menambah elemen ‘wow’ pada penampilan serba putihnya yang ringkas.

s

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: FESYEN LELAKI TERBAIK DI KARPET MERAH TONY AWARDS 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024

GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024

Bacaan Lanjut
STAIL SELEBRITI TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2024

STAIL SELEBRITI TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2024

Bacaan Lanjut
FESYEN LELAKI TERBAIK DI KARPET MERAH TONY AWARDS 2024

FESYEN LELAKI TERBAIK DI KARPET MERAH TONY AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
BAFTA TV AWARDS 2024: FESYEN KARPET MERAH SELEBRITI PILIHAN GLAM LELAKI

BAFTA TV AWARDS 2024: FESYEN KARPET MERAH SELEBRITI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
GAYA SELEBRITI TERBAIK DI NAACP IMAGE AWARDS 2024

GAYA SELEBRITI TERBAIK DI NAACP IMAGE AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
FESYEN BERPASANGAN TERBAIK DI SAG AWARDS 2024

FESYEN BERPASANGAN TERBAIK DI SAG AWARDS 2024

Bacaan Lanjut