5 BILIONAIR DUNIA YANG BIJAK BERGAYA
Bilionair bukan saja kaya-raya, malah kebanyakannya mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi.
Lihat saja usahawan Kim Kardashian dan pereka fesyen mewah Ralph Lauren. Gaya adalah asas kerjaya mereka, salah satu minat terbesar mereka, dan pada akhirnya menjadi kunci kejayaan kewangan mereka.
Kemudian wujud pula bilionair seperti LeBron James. Fesyen bukanlah teras perniagaannya tetapi dia sentiasa tampil segak dan merupakan antara bilionair paling bergaya di luar sana.
Berikut lima bilionair yang mempunyai gaya tersendiri.
1. Jay-Z
Penyanyi rap dan penerbit ini mempunyai nilai kekayaan sekitar USD2.5 bilion hasil kerjaya muzik ikoniknya dan beberapa perniagaan. Dia sering digambarkan sebagai ‘bilionair pertama hip-hop’. Namun apabila menghadiri majlis anugerah atau acara berprestij lain, kebanyakan orang lebih kagum dengan gayanya yang menonjol.
Beberapa penampilan terbaiknya tahun ini termasuk persalinan hitam-putih yang dipakainya di tayangan perdana filem The Book of Clarence dan jaket bomber yang digayakannya di Super Bowl. Jay-Z juga gemar menyarung gaya jalanan bersama beanie hitam, yang menjadi gaya signature penyanyi itu sejak beberapa bulan lalu.
2. Rihanna
Sejak beberapa tahun lalu fesyen penyanyi ini semakin berevolusi. Dia sering menggayakan busana santai dan chic di awal kemunculannya sebagai penyanyi, namun kini dia lebih gemar menyarung gaun statement dan pakaian berjenama mewah.
Evolusi gaya Rihanna juga selari dengan kerjaya barunya. Daripada penyanyi pop tersohor, dia kini bergelar mogul fesyen dan kecantikan dengan nilai kekayaan USD1.4 bilion. Jenama pakaian dalam miliknya, Savage X Fenty dianggarkan bernilai USD3 bilion pada 2022.
3. LeBron James
Anda mungkin mengenalinya sebagai bintang legenda NBA. Tetapi hakikatnya dia juga seorang bilionair, hasil titik peluhnya bekerjasama dengan jenama terkenal dan kontrak bola keranjang yang lumayan. Namun apabila tidak bekerja, dia sering dilihat menggayakan stail klasik.
LeBron James gemar menyarung penampilan ringkas namun mewah di acara karpet merah, kebiasaannya terdiri daripada celana denim, jaket dan cermin mata hitam. Namun apabila muncul di gelanggang, dia biasanya tampil kasual dalam persalinan rekaan jenama mewah seperti Louis Vuitton. Dia juga bijak menyuai padan aksesori dan kerap dilihat memakai jam tangan daripada Rolex ke Richard Mille, serta kerongsang yang diperbuat daripada berlian dan emas.
4. Kim Kardashian
Pada bulan Januari, kekayaan usahawan ini dianggarkan bernilai USD1.7 billion, dan ia terserlah menerusi pilihan fesyennya. Gerobok pakaiannya padat dengan persalinan jenama mewah seperti Balenciaga, Dolce & Gabbana dan Mugler. Manakala perhiasan berliannya datang daripada pereka barang kemas seperti Lorraine Schwartz.
Bagaimanapun Kim Kardashian juga merupakan pengasas SKIMS, jenama pakaian yang menawarkan shapewear, baju tidur, pakaian dalam dan pelbagai variasi lain. SKIMS juga bernilai USD4 bilion, membuktikan pilihan fesyen Kim melangkaui gerobok pakaiannya dan meluas kepada kemahiran perniagaannya.
5. Ralph Lauren
Tidak mengejutkan apabila pereka dan ikon stail ini tersenarai sebagai salah seorang bilionair paling bergaya. Dia bukan saja mempunyai nilai kekayaan bernilai USD9.2 bilion, malah merupakan tulang belakang di sebalik jenama fesyen mewahnya itu.
Walaupun kadangkala menghadiri acara formal seperti majlis anjuran Rumah Putih, Ralph Lauren kebiasaannya mempamerkan cita rasa peribadinya di pentas fesyen tahunan. Ada kalanya dia menyarung tuksedo klasik, dan pada masa lain dia menggayakan celana kargo dengan tali pinggang statement. Namun apa jua pilihan gaya atau acara yang dihadirinya, satu perkara tidak pernah berubah: Dia sentiasa menyarung sniker signature, biasanya daripada jenama New Balance.
Foto: GQ/Getty Images/X
Pautan berkaitan: 5 GAYA FESYEN TERBAIK GULF KANAWUT PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN
POLO RED, wangian terlaris Ralph Lauren Fragrances membuka lembaran baru setelah sekian lama dengan wakil kelajuan dunia. Mewakili kelajuan dan adrenalin, merka menampilkan pelumba Formula 1 terkenal di dunia, Lando Norris. Diilhamkan oleh gaya elektrik dan semangat Norris terhadap kelajuan, kempen ini berani baki aroma POLO RED. Circuito de Navarra merupakan salah satu fasiliti perlumbaan…
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
10 MOGUL KECANTIKAN BERSTATUS BILIONAIR PALING BERJAYA DI DUNIA
Semak siapakah yang tersenarai sebagai pemilik empayar kecantikan paling kaya dan berjaya pada tahun ini.
9 GAYA BERPASANGAN TERBAIK ASAP ROCKY & RIHANNA
Power couple ini bukan sahaja kelihatan hebat dalam gaya karpet merah tetapi juga stail jalanan.
JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT
Power couple Hollywood, Jay-Z & Beyonce mengembangkan protfolio hartanah mereka dengan membeli sebuah lagi rumah mewah.
7 BINTANG HOLLYWOOD YANG BERKAHWIN SEBELUM USIA MENCECAH 20 TAHUN
Millie Bobby Brown dilaporkan telah bertunang pada usia 19 tahun, namun dia bukan satu-satunya selebriti yang memilih untuk berkahwin muda.