5 GAYA PASANGAN FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN
Fattah Amin dan Amira Othman sering mencuri perhatian dengan gaya pasangan mereka di acara-acara yang dihadiri.
Jika tahun 2025 boleh digambarkan, mungkin perkataan cinta menjadi lambang. Ramai pasangan selebriti yang menjadi tumpuan tahun ini. Rasmi atau tidak, semua terletak di tangan pasangan masing-masing untuk membuat pengumuman. Salah satu pasangan yang menjadi bualan ramai tahun ini ialah FattMira, iaitu Fattah Amin dan Amira Othman. Pasangan ini sering kelihatan menghadiri acara-acara penting bersama. Berdua dalam dunia glamor, Fattah Amin dan Amira Othman sering mencuri tumpuan bukan sahaja kerana bakat mereka dalam bidang seni, tetapi juga gaya mereka yang seiring dan serasi. Setiap kemunculan bersama, sama ada di acara rasmi, percutian santai, mahupun di media sosial, memperlihatkan padanan fesyen yang memancarkan aura elegan dan romantis. Daripada gaya kasual yang effortless hingga ke penampilan mewah penuh glamor, pasangan ini membuktikan bahawa fesyen boleh menjadi medium untuk mengekspresikan personaliti dan keharmonian dalam hubungan.
#1 Power Couple

Sebagai pasangan yang menjadi wajah Usanita Entertainment, Fattah Amin mengenakan sut kelabu yang maskulin, dipadankan dengan gaun blazer Amira Othman yang berona gangsa. Gaya yang lebih formal ini menjadikan pasangan ini kelihatan seperti Power Couple dalam industri.
Baca: SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
#2 Kemunculan Di Acara Rizman Ruzaini
@glamlelaki_my #FattMira di acara #KLFW2025 Rizman Ruzaini 😍 #GLAMLelaki #FattahAmin #AmiraOthman ♬ original sound – yedira
Antara kemunculan Fattah Amin dan Amira Othman yang menjadi bualan ramai ialah apabila pasangan ini muncul ke KLFW 2025 bersama. Menjadi tetamu khas jenama Rizman Ruzaini, Fattah Amin juga tampil dalam kempen minggu fesyen jenama itu. Rona hitam dan putih melambangkan jenama Rizman Ruzaini disarung oleh pasangan ini dengan penuh elegan sepanjang acara fesyen itu.
#3 Gelak Tawa Raya
Busana raya merupakan gaya yang sering dilihat menghiasi pasangan manis ini. Sesuai dengan perwatakkan mereka berdua yang sopan dan minimalis, baju melayu dan baju kurung menjadi salah satu gaya ikonik mereka. Gaya pasangan yang mengetengahkan warna coklat cair masing-masing menjadi penyeri buat mereka berdua.
#4 Rona Lilac Jadi Penyeri
Busana dengan rona yang sama adalah salah satu stail yang sering digayakan oleh Fattah Amin dan Amira Othman. Lebih-lebih lagi apabila mereka merupakan duta bersama buat jenama tempatan, Jakel. Rona lilac yang padan ini sama dengan mereka berdua yang cukup sepadan.
Baca: 5 FILEM LAKONAN MANTAP FATTAH AMIN
#5 Bila Nak Kahwin?
Penggambaraan muzik video lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ dari Amira Othman merupakan antara kemunculan pertama pasangan ini. Pasangan ini menggegarkan media sosial dengan hint bau bau percintaan mereka yang akhirnya terbongkar, untuk muzik video baharu Amira Othman. Mungkin pertanyaan Bila Nak Kahwin? ini bakal dijawab tidak lama lagi oleh mereka?
Pautan berkaitan: MUZIK VIDEO BILA NAK KAHWIN, PERJELAS HUBUNGAN AMIRA OTHMAN & FATTAH AMIN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025
Barisan selebriti wanita pada tahun 2025 masing-masing menyerlah dengan cara tersendiri dari segi lakonan, nyanyian, perniagaan serta fesyen.
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
FATTAH AMIN DEDIKASI UCAPAN ULANG TAHUN MENYENTUH HATI BUAT ISTERI, AMIRA OTHMAN
Ucapan penuh kasih Fattah Amin buat Amira Othman sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu menyentuh hati ramai peminat.
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN SAH BERNIKAH 14 SEPTEMBER INI
Tiada rahsia lagi! Fattah Amin dan Amira Othman bakal bernikah 14 September ini. Dari rakan sekerja ke rakan serumah.











