Skip to content

5 ‘KEY TREND’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2026

Kongsikan artikel ini

Musim bunga/panas 2026 menandakan era baru dalam fesyen.  Di mana struktur klasik, nostalgia retro dan ekspresi kreatif bertemu dalam satu musim membuatkan ia versatil. Pentas peragaan Spring/Summer 2026 memperlihatkan perubahan ke arah potongan yang lebih santai, tekstur unik, gabungan corak yang berani dan aksesori yang mempengaruhi keseluruhan gaya lelaki moden.

Berikut lima trend utama yang patut ada dalam radar fesyen anda untuk SS26:

#1 Fluid Tailoring & Seluar Potongan Bebas

Siluet tradisional yang ketat kini diganti dengan potongan yang lebih longgar dan mengalir (fluid). Barisan seluar potongan lebar, seluar pleated yang santai, serta cargo pants yang fluid menjadi pilihan ramai pereka fesyen. Memberi kebebasan bergerak tanpa mengorbankan estetika fesyen. Trend ini selari dengan permintaan fesyen moden yang mengutamakan keselesaan tanpa kehilangan struktur reka bentuk yang elegan. Trend ini juga seiring dengan suasana SS26 secara umum. Di mana nilai complimentary wearability menjadi fokus utama pada pakaian yang bukan hanya cantik tetapi juga praktikal untuk dipakai harian. Di Milan Fashion Week, Emporio Armani juga memperlihatkan suai padan tradisional yang lebih santai dengan potongan longgar, selaras trend baharu fluid tailoring.

#2 Retro Luxe & Kebangkitan Gaya 70an / 80an

Gaya retro untuk rumah fesyen tidak pernah pudar.  Tetapi untuk SS26, inspirasi dari dekad 70an dan 80an muncul semula dengan gaya luxe dan boho-chic dengan potongan lebih terperinci. Potongan deep V-neck, motif paisley serta fabrik berkilat, memberi rasa nostalgia namun tetap moden. Trend ini ditemui dalam beberapa pertunjukan fesyen besar Spring/Summer yang menanamkan gaya klasik lama dengan sentuhan kontemporari, membuka ruang bagi gaya vintage kembali relevan dalam fesyen musim ini. Koleksi lelaki Spring/Summer 2026 oleh Saint Laurent menunjukkan rujukan gaya 70an dengan kemeja sutera dengan potongan bahu lebar, kemeja “stripes” serta unsur gaya Paris klasik yang santai namun maskulin. Memberikan nuansa vintage retro yang halus tetapi kuat.

Gambar dari Yves Saint Laurent S/S26

#3 Kebangkitan Suede & Tekstur Semula Jadi

Koleksi SS26 juga menunjukkan kebangkitan semula fabrik suede. Penggunaan suede bukan sahaja untuk jaket, tetapi juga kasut dan aksesori. Suede menawarkan tekstur yang halus dan mewah sebagai alternatif kepada kulit biasa. Kembalinya bahan ini menunjukkan bahawa trend kini lebih menekankan visual dan tekstur. Sekali gus membawa dimensi baru dalam reka bentuk pakaian. Ini juga selari dengan cara pereka menekankan bahan semula jadi dan tactile dalam koleksi mereka musim ini.

Gambar dari TOD`s

Gambar dari TOD`s

#4 Gabungan Corak Bold & Tekstur Eksentrik

Runway SS26 memperlihatkan cara kreatif dalam penggunaan fabrik bercorak. Dari checkers, plaids, hingga polka dots, semua dalam satu outfit yang kontras dan berani. Trend ini bukan untuk mereka yang memilih gaya ‘aman’, tetapi bagi mereka yang ingin memakai fesyen sebagai medium ekspresi diri. Corak gabungan ini memberi kehidupan kepada busana harian.  Sekali gus, penggunaan fabrik bercorak ini mencipta kontras yang dinamik dan penuh visual.

Issey Miyake’s IM MEN SS26

AMIRI SS26

Trend ini juga tidak terbatas pada pakaian sahaja. Tekstur dan percubaan inovatif pada fabrik turut bermain peranan, di mana motif glitch checks dan sunset florals. Mencerminkan gaya baru dalam SS26, menggabungkan elemen tradisional dan futuristik.

#5  Accessorized “Soft” Suiting

Walaupun sut kekal sebagai asas fesyen lelaki, pendekatannya dalam SS26 tidak lagi kaku. Sut kini lebih lembut, disuai dengan aksesori seperti tali leher bersiluet “athleisure”, beg vintaj dan jam tangan kecil yang halus. Pendekatan ini menjadikan busana formal lebih fleksibel dan sesuai dipakai dalam pelbagai suasana. Dari majlis rasmi ke gaya jalanan yang sempurna. Trend aksesori ini juga selari dengan apa yang dilihat pada pentas peragaan, di mana elemen seperti mini pouch dan tote bag modern menjadi titik fokus yang memberikan identiti lebih kepada helaian klasik. Dalam pertunjukan Paris Men’s Fashion Week SS26, LV menampilkan suai padan tailoring bergaya klasik dan elemen kasual yang memberi nuansa bebas dan kontemporari.

Ridzman Zidaine menutup pentas peragaan Louis Vuitton S/S 26

Artikel Berkaitan: MILAN FASHION WEEK 2026 DIBUKA DENGAN PERNYATAAN GAYA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL PICKS: MODEL LELAKI MALAYSIA YANG BERPOTENSI BERJALAN DI MINGGU FESYEN LELAKI MILAN & PARIS

Bacaan Lanjut
ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA

ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA

Bacaan Lanjut

SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026

Bacaan Lanjut

SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA

Bacaan Lanjut
andrew putra gimme

TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA

Bacaan Lanjut
JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA

JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA

Bacaan Lanjut