Skip to content

5 SOALAN BERSAMA AFGAN SYAH REZA, THE COACH BOY

Kongsikan artikel ini

Portfolio kukuh yang digenggam penyanyi nombor satu Indonesia, Afgan Syah Reza bukan calang-calang. Seiring dengan karakternya, Afgan gemar menyarung helaian Coach kala membuat persembahan mahupun sekadar liburan ke destinasi pilihannya. Keberadaan Afgan di Kuala Lumpur baru-baru ini memberi kesempatan buat kami berbual tentang ekspresinya terhadap jenama uber cool Amerika ini.

GLAM Lelaki: How important is image to you?

Imej memainkan peranan penting kepada saya. Ia mendefinisikan personaliti, karakter, stail dan segalanya berkaitan imej kendiri. Tetapi, paling penting ialah jadilah diri sendiri yang asli serta terbaik buat anda.

GLAM Lelaki: Bagaimanakah afgan mengasosiasikan stail peribadi dengan coach?

Saya memakai pakaian dan stail melambangkan karakter sebenar saya. Dan istimewanya Coach, ia merupakan jenama unik dan menonjolkan pelbagai karakter tertentu untuk setiap rekaan. Oleh itu, ia adalah sempurna bagi saya untuk dipadankan bersama stail peribadi saya.

GLAM Lelaki: Definisi ‘The Coach Boys’?

Pada saya, gelaran ‘The Coach Boys’ menggambarkan kelompok yang ‘unexpected’ dan cool juga semestinya punya stail tersendiri. Stail yang sering terilham oleh ‘American culture’ jelas dipaparkan menerusi penggayaan mereka.

GLAM Lelaki: Definisi Lelaki Alfa?

Seseorang yang memiliki visi kukuh, melakukan sesuatu minat itu dengan sepenuh hati dan berjiwa kreatif. Di samping itu, golongan yang berupaya fikirkan sesuatu luar dari zon selesa dan pada masa sama, menjalani kehidupan bertunjangkan sikap yang positif turut menterjemahkan lelaki alfa.

GLAM Lelaki: Pencapaian terbaik dalam kerjaya muzik?

Dapat bertahan sepuluh tahun dalam industri muzik dan terus belajar menginovasi diri untuk setiap album serta dalam setiap perkara yang saya lakukan, sama ada muzik, penggayaan atau mutu persembahan saya. Oleh itu, saya rasa setakat ini perkara yang saya amat berbangga ialah saya masih mempunyai usaha untuk memperbaiki diri pada setiap masa.

Oleh Editorial GLAM Lelaki

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA

TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA

Bacaan Lanjut
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025

Bacaan Lanjut
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut

THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT

Bacaan Lanjut