Skip to content

ADAM SHAFIQUE, ENERGI FESYEN YANG MENGAGUMKAN

Kongsikan artikel ini

ADAM SHAFIQUE (@Adamshafique_) MEMILIKI STAIL YANG HEBAT. MANAKAN TIDAK, GAYA-GAYA YANG DIKONGSI DI APLIKASI TIK TOK MISALNYA, MAMPU MERAIH SEBILANGAN PENONTON YANG BANYAK. STAILNYA JUGA MENDAYAKAN KREATIVITI. TENTU SAHAJA MEMBENIHKAN INSPIRASI BUAT LELAKI SEGENERASINYA UNTUK TAMPIL STYLISH SEPERTI ADAM. LANGSUNG MENGIKIS STREOTAIP STAIL SEORANG LAKI-LAKI. KAMI MENDEKATI ADAM SHAFIQUE, WAJAH GEN Z YANG MENJADI SUMBER REFERENSI FESYEN TERKINI. 

 

 

PERKHABARAN BAHARU ADAM SHAFIQUE?

Buat masa sekarang, saya masih menuntut di secara online dalam jurusan Ijazah Sarjana Pemasaran Perniagaan. Pada masa yang sama, menjadi model separuh masa, pencipta kandungan digital, sambil itu membantu perniagaan peruncitan keluarga saya.

 

ADAM SUKAKAN FESYEN. YOU HAVE A GREAT SENSE OF STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI FESYEN ADAM?

Saya membesar dengan ibu yang selalu menyiapkan saya setiap hari. Semasa kecil, saya memerhati gabungan warna dan gaya yang disatukan bersama. Saya selalu bermain ‘dress up’ dengan kakak saya, di mana kami perlu memilih pakaian masing-masing, menyuai padankannya untuk mencipta satu penampilan lengkap dan dari situlah timbulnya minat dalam penataan fesyen. 

Menginjak remaja, saya bereksperimen dengan pelbagai gaya demi menuntut trend fesyen pada ketika itu. Banyak stail fesyen yang pernah saya cuba, misalnya memakai baju fit dan seluar skinny yang membuatkan penampilan saya kelihatan janggal. Ia membuatkan rupa saya kelihatan tidak seimbang. Namun, pada waktu itu stail skinny jeans sangat popular dan menjadi stail kebanyakan orang. I struggled to fit in those jeans just to post a picture online. 

Tak lama kemudian, muncul trend baharu yang bermula dengan ‘chunky sneakers’ atau dikenali “dad shoes”. Saya rasa senang dengan trend tersebut, yang mana membolehkan saya memadankannya dengan seluar dan baju yang fitnya bukan skinny. Saya sedari yang saya perlu cari stail peribadi yang sesuai dengan karakter dan fizikal saya. I want to wear the clothes not the clothes wear me. Stail saya sekarang ialah gabungan ‘high fashion’ dan ‘street wear’ yang bersifat lantang dan punya keyakinan tersendiri. 

 

 

APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN ADAM?

Fesyen bagi saya adalah satu bentuk ekspresi, bagaimana saya meluahkan fikiran dan emosi. Saya menyukai bidang fesyen ‘high fashion’ dan bagaimana ia terbina, terinspirasi dengan senario fesyen di Korea dengan pendekatan gaya yang unik. Terdapat beberapa pereka yang saya kagumi dan pandang tinggi, seperti Demna Gvasalia dan Yohji Yamamoto. 

 

BOLEH ADAM KONGSIKAN BIDANG APAKAH YANG ADAM SEDANG CEBURI? HOW DO YOU INCORPORATE IT WITH STYLE?

Komunikasi adalah kunci. Saya belajar bahawa perniagaan adalah tentang menjual. Anda adalah produk anda. Cara anda mempersembahkan produk anda haruslah menggambarkan nilai-nilai yang ingin disampaikan. Saya menggabungkan gaya saya melalui kerja dengan tampilkan gaya yang konsisten dan imej yang mudah didekati untuk memperoleh kepercayaan, kekaguman dan keyakinan dari orang yang saya bertemu. 

 

TREND FESYENI YANG MENJADI PILIHAN ADAM?

Trend fesyen yang saya suka ialah ‘loose baggy’ dan ‘oversized fit’. Pada masa ini, trend ini bagi saya sangat universal dan disenangi. Memakai pakaian potongan ‘oversized’ dapat menghapuskan kritikan negatif seperti ‘body shaming’ dan sebagainya. Pakaian ‘oversized’ dan berlapis memberikan dimensi gaya baharu yang kreatif. Not only is it expressive, but it gives one the sense of freedom. 

 

BOLEHKAH FESYEN MENGUBAH DUNIA? JIKA YA, BAGAIMANA?

Sudah tentu, fesyen terbukti bermanfaat terhadap pelbagai faktor dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Industri tekstil dan pakaian adalah asas kepada pertumbuhan setiap negara yang membangun. Ia memberi peluang pekerjaan kepada warganya dan menjana pendapatan kepada negara melalui eksport sederhana. Baru-baru ini kita melihat terdapat peningkatan pada sokongan terhadap kelestarian fesyen. 

Dengan meningkatnya kesedaran mengenai industri ‘fast fashion’ yang menjadi pencemar kedua terbesar di dunia, saya merasa seolah-olah ada rasa kesedaran yang tinggi terhadap kelestarian fesyen. 

Secara peribadi, saya telah meminimumkan membeli pakaian dari jenama-jenama ‘fast fashion’ dan timbul minat pula untuk membeli barang-baranh dari kedai thrift yakni sebagai alternatif. Saya berjaya menemui beberapa rekaan yang menarik dan cuba menggayakannya semula untuk membentuk penampilan menonjol. Saya percaya ia mudah untuk mengolah gaya pakaian dari kedai ‘thrift’ untuk membentuk stail tersendiri. Jadi ya, fesyen adalah sebahagian daripada kehidupan. 

 

TIP FESYEN UNTUK LELAKI?

My take on this is you want to be taken seriously, you have to take yourself seriously. Kebersihan diri dan penjagaan diri sangat penting dan ia harus menjadi sebahagian daripada rutin harian. Jaga kesihatan dan kebersihan anda. Pilih yang sesuai dan tidak sesuai dalam trend fesyen. Jadilah yang original dan versi diri anda yang terbaik. 

 

PEREKA FESYEN/LABEL/INDIVIDU KEGEMARAN?

Pereka fesyen kegemaran saya ialah Demna Gvasalia. Saya kagum dengan sentuhan uniknya terhadap dunia fesyen dan bagaimana dia berjaya mencipta nama dalam fesyen kontemporari. Koleksinya mencetus rasa ingin tahu keunikkannya, pun begitu masih boleh dipakai. Dia benar-benar menetapkan penanda aras untuk semua hala tuju kreatif. Saya juga mengagumi konsep acara fesyennya yang lain daripada yang lain. Kemampuannya berfikir du luar kotak sementara masih membuat reka fesyennya menarik dan bersesuaian adalah kualiti pada Demna yang saya kagumi. 

 

PROJEK AKAN DATANG?

Ada beberapa perkara yang sedang saya jalankan sekarang yang memerlukan lebih banyak persiapan dan sumber supaya dapat dilaksanakan. Ia akan dilancarkan dalam talian tak lama lagi. 

 

Artikel berkaitan: JUNO KO, HAIRSTYLIST YANG PUNYA STAIL TERSENDIRI 

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

Bacaan Lanjut

CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®

Bacaan Lanjut
tod's melium group

TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN

Bacaan Lanjut

ADIB CAROLINE, GENERASI BAHARU FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut
GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut