AIRINUM SOLUSI PILIHAN PELITUP MUKA LEBIH URBAN
Hujung minggu yang lalu, kes positif Covid-19 makin rakus meninggi. Selangor yang jujur melaksanakan mass testing merekodkan kes lebih daripada 2000 pesakit Covid-19. Cukup jelas yang pendamik ini tidak mahu reda dalam sebulan dua ini. Kini, rakyat dinasihatkan untuk menyarung dua pelutip muka sebagai langlah berjaga-jaga. Pelitup muka menjadi aset paling berharga dalam menangani kes Covid-19 agar tidak terus meningkat naik. Sekarang, hadir pula face mask Airinum yang berasal daripada Sweden sebagai solusi kepada semua. Jenama pelitup muka yang didirikan pada 2015, berwawasan mahu semua menghirup udara yang lebih bersih. Lantas lahirnya, pelitup muka mereka yang berinovasi tinggi dan menjadi pilihan di 75 buah negara.
Taruhan Airinum, The Urban Air Mask 2.0 memberi perlindungan yang cukup maksima. Pelitup muka ini mempunyai lima lapisan yang mampu menangkis pencemaran udara, smog, pollen, algeren dan kuman yang berterbangan di udara. selain itu, ia juga mempunyai inovasi dalam memberikan perlindungan daripada kesan sinaran matahari dengan adanya teknologi UPF 50+ . Perlu tahu, yang pelitup muka Airinum ini boleh dibasuh dan diperkasa dengan Polygiene. Setiap pelitup muka ini boleh dipakai selama 100 jam.
Airinum juga menjadi pelitup muka yang memenuhi permintaan pasaran semasa. Jenama ini menjalinkan kolaborasi bersama jenama gaya hidup, fesyen dan personaliti agar pelitup muka mereka kekal urban. Antara kolaborasi yang pernah dilaksanakan adalah bersama DJ antarabangsa, Allan Walker yang sehingga kini terus menjadi peminat utama pelitup muka Sweden ini. Selain itu, jenama cult Marine Serre tutut melancarkan koleksi pelitup muka bersama Airinum dalam fabrik jersi serba hitam dengan logo bulan sabit menjadi penyerinya.
PAUTAN BERKENAAN: ZEGNA LUXURY LEISUREWEAR; LEBIH PERSONAL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VOLVO BAKAL LUNCUR ES90 SERBA BARU
Elektrik sepenuhnya dan berada dalam kelas tersendiri. Volvo, automotif mewah generasi baharu ini direka untuk kehidupan yang seimbang.
PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA
Peminat nampaknya terpaksa menunggu lebih lama untuk menonton persembahan pentas Drake yang seterusnya.
“TEMAN PALING SEMPURNA DI BULAN RAMADAN” – DR. SAY SHAHARUDDIN
Dr. Say Shaharuddin berkongsi tip dan trik bagaimana Apple Watch menjadi teman sempurna sepanjang bulan Ramadhan!
JUNGKOOK BTS POSITIF COVID
Jungkook kongsi berita tentang kesihatannya kepada peminat ARMY selepas Big Hit Music mendedahkan dia telah positif Covid-19.
AKTOR KOREA SELATAN PARK SEO JOON POSITIF COVID-19
Bala Buat Aktor Korea Kegemaran Ramai Wanita, Agensi Park Seo Joon Telah Umumkan Beliau Dijangkiti Covid-19!
DUGAAN BUAT AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON
Satu khabar duka daripada pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson apabila mengumumkan mereka positif Covid-19.