Skip to content

beg xs

BEG XS ILHAM VIRGIL ABLOH UNTUK TREND BEG MINI

Kongsikan artikel ini

Pengakhiran tahun 2020 menyaksikan kemunculan trend beg mini. Ia menjadi pilihan utama gadis sekarang. Semuanya mahu berlagak comel dengan beg bersaiz kecil. Sehingga kini masih menjadi tanda tanya apa yang boleh dimuatkan dalam beg bersaiz XS ini. Tapi trend manja ini sudah mula masuk pada gerobok jejaka pula. Langsung tidak takut untuk menundukkan lagak maskulin, Virgil Abloh lancarkan beg bersaiz mini di Louis Vuitton.

beg xs

Keepall XS LV Friends Monogram Macassar

beg xs

Steamer XS Distorted Damier

Saranan gaya baru Abloh selaku Pengarah Artistik Louis Vuitton adalah menggayakan beg XS The Keepall juga the Steamer. Ia ditambah lebih gah dengan penggunaan material kanvas ikonik Louis Vuitton, Monogram Macassar dan Distorted Damier. Corak Damier kali ini diberikan gubahan baru yang diinspirasikan daripada muzik genre Ska. rona hitam putih dimadukan bersama palet saffron yang menjadi warna penting Louis Vuitton.

beg xs

Keepall XS LV Friends Monogram Macassar

Keepall XS Distorted Damier

Bagi melengkapkan gaya unik, Abloh menawarkan perincian moskot pada permukaan beg. Karakter Zoooom yang diperkenalkan olehnya buat koleksi Louis Vuitton lelaki musim lalu dikait atas permukaan beg. maskot ini nampak hidup dengan tenunan tiga dimensi pada beg Keepall dan Steamer. Nampak lebih unik koleksi beg kecil ini dengan peneman setia para maskot moden Louis Vuitton yang punya simbol optimistik dan nakal.

Pautan Berkenaan: BEG SILANG UNTUK AKHIR TAHUN INI?

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Piquadro

PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI

Bacaan Lanjut
Braun Buffel

BRAUN BUFFEL MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton men ss24

LIVESTREAM PERTUNJUKAN LOUIS VUITTON MEN SS24 DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut