Skip to content

BERLUTI LANCAR AKSESORI SIGNATURE

Kongsikan artikel ini

JENAMA PREMIUM BERLUTI TIBA DI KUALA LUMPUR LANTAS MENGUNDANG RASA TERUJA BUAT SI PEMINAT FESYEN. TERMASUKLAH KAMI DI GLAM LELAKI. KOLEKSI BARU, SIGNATURE MENAMBAH LAGI SEBAB MENGAPA PARA LELAKI HARUS BERKUNJUNG KE BUTIK BERLUTI YANG SUDAH PUN MULA BEROPERASI DI KOMPLEKS SURIA KLCC.

Pengarah Artistik Berluti, Kris Van Assche bijak merancang rekaan yang cukup terdepan penginovasiannya. Menghadirkan himpunan aksesori pelbagai fungsi dan rupa, SIGNATURE menggabungkan kanvas bersama material yang dilengkapi motif Venezia.

Motif Venezia ditampilkan secara perulangan dan rawak, mengakrabkan trend masa kini, yang mana obsesi monogram kekal menjadi kesukaan saban musim.

Menggarap inspirasi dari gerobok arkib Berluti, motif tersebut turut menampilkan logo baru Berluti, melambangkan era baru Berluti yang segar dan beridentiti moden.

"Kanvas SIGNATURE ini mewujudkan jambatan antara masa lalu dan masa kini," kata Kris Van Assche. Dicetak dengan latar belakang hitam dan disulami warna kelabu secara keseluruhannya, ia langsung mengingatkan Kris pada landskap indah Paris. Selaras dengan tempat asal jenama Berluti.

Ketegapan rekaan SIGNATURE diperkukuhkan lagi dengan perincian kulit yang dihiasi kancing logam berkilau pada setiap bahagian aksesori. Balutan tersebut menguatkan lagi identiti mewah Berluti terhadap pertukangan aksesorinya. Koleksi baru ini menawarkan rekaan multi fungsi seperti beg bimbit, beg galas, beg tote, beg weekender, 'briefcase', sniker dan bekas aksesori kecil.

Koleksi SIGNATURE mula membuat kemunculan sulung sewaktu pementasan Berluti Musim Luruh/Sejuk 2020 yang telah diadakan di Minggu Fesyen Paris tahun lepas.

 

 

5 of 5

 

 

 

 

 

 

5 of 5

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

Bacaan Lanjut

CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®

Bacaan Lanjut
tod's melium group

TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN

Bacaan Lanjut

ADIB CAROLINE, GENERASI BAHARU FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut