KEEPING THE STYLE IN HUMIDITY, BLAZER SACCO DARI ITALY PILIHAN TERBAIK!
Iklim tidak menentu adakalanya menyukarkan seseorang untuk bergaya. Apatah lagi dengan cuaca yang panas dengan kelembapan, pemakaian blazer bukanlah satu pilihan yang terbaik. Dengan material yang tebal menyebabkan anda mudah untuk berpeluh dan seterusnya mencacatkan keseluruhan gaya walaupun anda menyarung blazer dari jenama terkenal. Kini anda tidak perlu risau lagi! There’s a new brand in town, and its SACCO from Italy!
Ya, jenama SACCO mungkin masih baru dan belum terkenal di rantau Asia namun SACCO merupakan jenama pakaian blazer yang direka di London dan dicipta di Itali. Pemakaian blazer sememangnya tidak boleh dipisah dari seorang lelaki moden di mana setiap lelaki wajar untuk memiliki sekurang-kurangnya 2 dalam gerobok pakaian mereka. Kini, keadaan cuaca tidak lagi mempengaruhi pemakaian blazer anda kerana SACCO sememangnya dicipta untuk dipakai kala cuaca panas serta iklim tropika. Untuk pengetahuan, perkataan ‘sacco’ diambil dari perkataan Jerman untuk ‘blazer’. Dalam Bahasa Itali, ‘sacco’ turut bermaksud ‘a great deal’ atau penting.
Apakah keunikkannya blazer SACCO ini berbanding jenama-jenama lain? Ya, SACCO percaya akan falsafah gaya terkenal ‘less is more’. Seperti itu, perincian blazer SACCO tidak berlebihan, bererti hanya mempunyai satu lapisan berbanding kebiasaanya empat untuk satu-satu blazer. Mengikut tradisi Neapolitan dengan jahitan berorientasikan ke belakang yang membantu dalam memeluk tubuh pemakai, ia tidak terlalu langsing, tidak terlalu lebar namun cukup-cukup muat – disesuaikan dalam memberikan kebebasan bergerak, disuntik dengan eleman moden menjamin elagan dan keterampilan sang pemakai.
GLAM Lelaki berkesempatan untuk menemubual individu penting di sebalik jenama ini iaitu Alexander Hascher, Pengasas SACCO.
GLAM Lelaki: Boleh kongsikan serba sedikit tentang diri anda?
ALEXANDER HASCHER: Hello. Nama saya Alexander Hascher, berusia 48 tahun dan tinggal berulang alik dari Singapura dan Eropah sejak 30 tahun lepas. Pada tahun 1980, saya menyaksikan perkembangan industri mewah di Asia dan memutuskan untuk menjadikan fesyen satu karier. Selepas menamatkan MBA bersama LVMH Group di Paris, saya bekerja untuk Dior, Hugo Boss dan Saint Laurent di Eropah. Saya kemudiannya pulang ke Singapura pada tahun 2003 untuk melancarkan jenama Raoul, termasuk 12 butik di Asia Tenggara untuk Puma Fashion, Raf Simmon dan Dirk Bikkembergs. Pada tahun 2017, saya membuat keputusan untuk mencipta jenama saya sendiri, SACCO. Selepas setahun, kami berjaya melancarkan SACCO di Singapura tahun lepas, dan Jepun tahun ini.
GLAM Lelaki: Apakah inspirasi anda di sebalik jenama ini?
ALEXANDER HASCHER: Saya suka memakai blazer dalam mempertingkatkan gaya kasual. Sebagai contoh, gabungan seluar chino dan kemeja T putih akan menjadi sofistikated dengan hanya menambah blazer. Apabila pertama kali saya menjejakkan kaki di Singapura, agak mustahil untuk menemui blazer dengan lapisan-tunggal, tidak berstruktur dan tidak bergaris untuk dipakai dalam cuaca panas. Lalu, saya melahirkan SACCO, iaitu blazer yang ringan-ultra, di mana koleksi musim panas terkini kami menawarkan 20 varian warna.
GLAM Lelaki: Apa pandangan anda tentang gaya lelaki pada masa kini?
ALEXANDER HASCHER: Pasaran pakaian lelaki dilihat telah berpecah dari segi trend, dan saya fikir ia adalah satu perkara yang baik di mana semua orang harus memiliki gaya individunya yang tersendiri serta beralih antara trend dan mood pada ketika itu. Sebagai contoh, anda boleh berpakaian seperti seorang lelaki yang gentleman dan hari berikutnya berpakaian seperti seorang artis bahkan menggabungkan dua gaya dalam satu masa. Satu trend yang saya tidak begitu gemar ialah penampakan logo jenama yang terlalu besar, dan trend yang akan terkubur tidak lama lagi adalah sut penuh.
GLAM Lelaki: Buat dan abai dalam pemakaian blazer?
ALEXANDER HASCHER: Jangan sesekali memakai jaket sut bersama pakaian kasual. Jaket sut bukanlah blazer. Jaket sut berbentuk empat segi dengan pad bahu dan fabrik keras. Blazer pula adalah jaket yang lembut dengan bahu bulat direka dari fabrik yang selesa. Anda digalakkan untuk bermain dengan warna apabila anda menyarung blazer setiap hati. Kombinasi warna kegemaran saya adalah blazer biru navy / kemeja merah jambu / seluar putih ATAU blazer merah / kemeja putih / seluar biru navy.
GLAM Lelaki: Di mana anda melihat SACCO dalam tempoh 10 tahun akan datang?
ALEXANDER HASCHER: Kami baru sahaja melancarkan SACCO di Singapura tahun lepas sebagai sebahagian dari menguji pasaran dan sambutannya sangat memberangsangkan. Lelaki gemar memakai blazer dan sekarang anda boleh memakainya walau dalam keadaan beriklim panas. Kami juga sudah melancarkan SACCO di Jepun dan sekarang dalam proses mencari rakan runcit dan borong di Asia Tenggara, khususnya di Kuala Lumpur. Buat masa ini kami terus mengeluarkan blazer dalam pelbagai warna, stail, fabrik dan teknologi. Kami juga bercadang untuk menambahkan koleksi selain blazer iaitu baju, seluar, tali pinggang dan pocket square.
Kami menjual blazer lelaki kami di seluruh dunia melalui e-Shop dalam talian dengan penghantaran percuma. Dalam sepuluh tahun, kami merancang untuk hadir dalam perniagaan runcit di setiap negara. Layari https://saccoitaly.com/ untuk maklumat lanjut tentang jenama kami.
Oleh Wan Mohd Firdaus
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 SEBAB KENAPA LELAKI PERLU BERJAMBANG
Bukan hipster, bukan selekeh. Namun berjambang memberikan kebaikan tersendiri buat lelaki.
5 SEPATU BOOT LELAKI TERBAIK MESTI MILIKI
Sepatu boot kini dilihat bukan sahaja kasut praktikal, malah ia sebagai aksesori fashion statement yang meningkatkan lagi penampilan keseluruhan lelaki sambil memberikan keselesaan dan fungsi.
TIPS UNTUK MEMILIH DAN MENGGAYAKAN FESYEN OVERSIZED
Mahu cuba menggayakan fesyen oversize? Cuba tip-tip daripada GLAM Lelaki untuk fit yang cool dan kemas.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.
MOMEN FESYEN TERHANGAT DI ANUGERAH MTV VMA 2023
Kumpulan K-pop, Stray Kids bersama Taylor Swift, Selena Gomez dan kumpulan Maneskin antara yang hadir memeriahkan acara karpet merah jambu MTV VMA 2023.
RECAP STAIL PERIBADI SELEBRITI LELAKI DI KLFW 2023
"KLFW is back once again!" Selain pertunjukan koleksi fesyen lokal terkini, KFLW juga dibanjiri oleh selebriti yang punyai gaya sendiri. Ini pilihan GLAM Lelaki.