COACH MUSIM BUNGA 2019
Sebagaimana Gucci semakin dikenali dengan estetik ala filem Wes Anderson, dan Balenciaga dengan gaya ‘elevated normcore’, imej Coach pula semakin sinonim dengan stail klasik Americana ‘with a twist’.
Sungguhpun label lain seperti Calvin Klein, Michael Kors dan Donna Karan pun menjunjung stail ala Amerika, mereka lazimnya merujuk gaya yang lebih urban atau lebih ‘New York’. Manakala pereka Stuart Vevers telah berjaya membentuk Coach daripada label yang lebih dikenali dengan aksesori kulit dan helaian klasik urban menjadi satu arkib busana kontemporari Americana yang lebih menyeluruh. Yang mencedok idea dari pelbagai warisan rakyat Amerika, from the streets of New York ke suasana desa Midwest. Dari Basquait dan James Dean ke Beastie Boys dan Route 66.
Hasilnya, Coach kini tampil lebih ekspresif, artistik, berjiwa muda dan sarat attitude. Satu revolusi yang menaikkan jenama yang berusia 77 tahun ini ke status must-have generasi stailista yang baru. Tak hairanlah Stuart Vevers, selaku Pengarah Krearif jenama, telah dinobatkan Designer of the Year 2017 oleh The American Apparel & Footwear Association (AAFA) juga Accessories Designer 2017 oleh Council of Fashion designers America (CFDA).
Semangat Americana yang menjadi energi utama jenama ini kembali memukau di persembahan koleksi Coach Musim Bunga 2019 yang dipentaskan di Pier 94 kala Minggu Fesyen New York awal bulan ini. Kata kunci kali ini ialah ‘the new, new romantic’, satu koleksi yang mencantumkan dan menceraikan semula warisan craftsmanship dan spirit Americana untuk menghasilkan persalinan baru buat si dia yang suka bermimpi merentasi landskap padang rumput Amerika, sambil mencari item-item peninggalan budaya lokal, untuk ditransformasikan menjadi sesuatu yang baru dan segar.
Tema itu dihidupkan dalam dewan yang telah digarap menyerupai taman hiburan yang sudah lama dimamah usia. Arca raksasa yang tinggal rangka berkarat menjadi titik fokus dewan, sebelum para model keluar menggayakan koleksi Coach Musim Bunga 2019, di atas lantai yang dilitupi pasir.
Bicara fasal Americana, kerjasama Coach bersama Disney turut membuahkan rekaan-rekaan baru yang disarankan menjadi harta pusaka di masa depan.
Amati setiap satu gaya menswear daripada Coach Musim Bunga 2019 di bawah:
COACH MUSIM BUNGA 2019