Skip to content

coach Malaysia

COACH ‘WEAR YOUR SHINE’ BERSAMA DOVE CAMERON, LIL BUCK, KEMIO, LEE YOUNG-JI & SONG YANFEI

Kongsikan artikel ini

Coach melancarkan koleksi Coach Shine melalui kempen “Wear Your Shine” untuk meningkatkan keyakinan diri bersama Dove Cameron, Lil Buck, Kemio, Lee Young-ji dan Song Yanfei.

Meneruskan misi untuk menginspirasikan peminat fesyen dalam mengekspresikan diri secara autentik, Coach membuka jilid penceritaan baharu “Courage to Be Real” melalui kempen “Wear Your Shine” terbaharu. Label asal kota New York itu mahu menyinari keyakinan diri dengan koleksi Coach Shine yang merangkumi rangkaian beg tangan, pakaian dan aksesori metalik yang berkilauan.

Coach melancarkan kempen “Wear Your Shine” yang dibintangi oleh barisan bintang popular. Mereka adalah Dove Cameron, Lil Buck, Kemio, Lee Young-ji dan Song Yanfei. Ia merupakan sebuah kempen yang memberikan mesej inspirasi untuk menakluki keraguan diri dan menyinari kehidupan melalui fesyen.

“Wear Your Shine” memperkenalkan siri filem yang berhadapan dengan kritikan dari dalam diri sendiri. Melangkah berkilauan dengan koleksi Coach Shine yang playful. Persis gerak tari bagai mimpi dan bersedia untuk bersinar apabila berhadapan dengan segala kritikan.

Bintang kempen yang merupakan ahli baharu Coach Family merefleksikan misi Coach untuk membawa mesej “Courage to Be Real” melalui kisah inspirasi individu yang mewakili generasi hari ini. Lebih istimewa, kempen ini menampilkan wajah global Coach iaitu Jennifer Lopez. Bintang sensasi itu tidak terlepas daripada berhadapan dengan suara keraguan diri dan dia menari dengan sepenuh hatinya. Lantas meletakkan statusnya sebagai ikon yang memberikan inspirasi kepada peminat untuk menjalani kehidupan yang sepenuhnya.

Koleksi Coach Shine Untuk Musim Luruh 2023

Sebahagian daripada pementasan Coach musim luruh 2023 dan visi Pengarah Kreatif, Stuart Vevers untuk mendefinisikan warisan untuk generasi hari ini. Koleksi Coach Shine memperkenalkan beg tangan Tabby dan siluet Penn baharu dalam ton metalik dan paten kulit. Beg tangan “The Coach Shapes” pula memperkenalkan ekspresi siluet dan warna yang playful. Ini termasuklah pakaian sedia-pakai shearling dan kasut dalam kilauan metalik.

“Kisah musim luruh ini diinspirasikan daripada atitud generasi hari ini dan kepercayaan kami kepada warisan yang menjadi asas kepada ekspresi diri yang berani,” kata Stuart Vevers. “Bermula dengan kod yang mendefinisikan jenama kami, kami bermain dengan siluet, warna dan rekaan yang muda untuk menghasilkan desain yang menginspirasikan segala kemungkinan. ‘Wear Your Shine’ menghidupkan semangat koleksi kali ini, serta kepercayaan kepada fesyen dalam memberikan ruang untuk mengekspresikan diri mereka”

“Mesej kempen ini berdasarkan pemerhatian kami terhadap pengguna Generasi Z. Mereka mempunyai naluri tersendiri untuk mengekspresikan diri mereka sepenuhnya,” kata Coach Global Chief Marketing Officer and North America President, Sandeep Seth. “Ia mewakili kesinambungan perjalanan kami untuk bukan sahaja berhubung secara emosi bersama pengguna menggunakan kisah yang rapat dengan mereka. Tetapi menjadikan jenama kami sebagai platform untuk mengekspresikan diri dan prinsip yang dihargai mereka. ‘Wear Your Shine’ adalah jilid seterusnya dalam misi untuk memberikan inspirasi dalam memberikan keberanian untuk mengekspresikan diri”.

Coach akan menghidupkan kempen ini melalui pengalaman tersendiri di seluruh dunia. Termasuklah pop-up imersif yang akan membawa pengunjung untuk merasai dunia yang diinspirasikan daripada kempen “Wear Your Shine”. Juga penceritaan digital termasuklah kandungan bersiri yang menyaksikan komuniti Coach berkongsi bagaimana mereka bergaya penuh berkilauan.

Koleksi Coach Shine boleh didapati secara atas talian di sini. 

 

Baca lebih lanjut: ‘IN MY TABBY’: KEMPEN MERAIKAN EKSPRESI DIRI BERSAMA COACH

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA COACH 2025

SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH

Bacaan Lanjut
Coach Ipoh

COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA

Bacaan Lanjut

TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut