BINTANG TENIS COCO GAUFF TAMPIL MENGANCAM DENGAN NEW BALANCE X MIU MIU 2025!
Bintang tenis muda Amerika, Coco Gauff, sekali lagi mencipta fenomena, kali ini dengan gabungan fesyen dan prestasi melalui kolaborasi bersama jenama ikonik, New Balance X Miu Miu. Coco akan menggayakan koleksi istimewa ini semasa kejohanan penting di Rome (7-18 Mei), Berlin (14-22 Jun) dan Cincinnati (5-28 Ogos) tahun ini, mempersembahkan semangat sukan dan gaya elegan yang mengagumkan.
Di gelanggang, Coco akan mengenakan pakaian tenis klasik dalam palet warna dinamik biru navy dan putih dengan sentuhan rona merah di Rome, putih dan hijau dengan sentuhan biru langit di Berlin, serta putih dan biru diraja dengan selitan merah di Cincinnati. Reka bentuk blok warna yang moden memberikan sentuhan tajam, bersih dan berprestij, sambil memastikan keselesaan dan ketahanan di tengah-tengah aksi sengit itu nanti.
Bukan itu sahaja, sebelum dan selepas perlawanan, Coco akan tampil santai tetapi tetap bergaya dengan hoodie sutera teknikal berzip dan trackpants yang serasi. Koleksi ini menonjolkan keseimbangan sempurna antara fesyen mewah dan keperluan teknikal seorang atlet elit.
Bagi kasut pula, Coco akan memakai edisi khas kasut signature, Coco CG2, yang diolah semula oleh New Balance X Miu Miu. Dengan teknologi inovatif untuk sokongan optimum dan inspirasi daripada model gaya hidup kegemaran Coco, kasut ini menampilkan kombinasi kuasa dan keanggunan. Untuk penampilan luar gelanggang, Coco akan menyarung sneakers New Balance X Miu Miu 530 SL dalam kombinasi kulit dan mesh, dengan rona serasi yang bergaya.
Koleksi eksklusif New Balance X Miu Miu bersama Coco Gauff ini akan mula dilancarkan pada 10 September 2025, di butik terpilih Miu Miu seluruh dunia dan juga secara dalam talian di miumiu.com. Pada hari pelancaran, Coco turut akan menghadiri acara khas Miu Miu Select di butik Miu Miu New York 57th St., di mana koleksi kolaborasi ini akan dipersembahkan bersama pilihan peribadi Coco daripada koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2025 Miu Miu.
Dengan kombinasi unik antara sukan dan fesyen mewah, Coco Gauff terus membuktikan bahawa beliau bukan sahaja ikon di gelanggang, tetapi juga dalam dunia gaya hidup!
Artikel berkaitan: PENAMPILAN SELEBRITI DI KEJOHANAN TENIS TERBUKA AMERIKA SYARIKAT 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI
Tennis! Pickleball! Padel! Badminton! Ping Pong! Squash! GLAM Lelaki senarai tips 101 sukan tahap kesukaran, manfaat, dan #vibes yang berbeza.
OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
GLAM Lelaki mengemukakan panduan "OOTD" yang perlu anda memiliki untuk memastikan anda sentiasa tampil bergaya dan menawan.
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
NEW BALANCE MELANCARKAN STOR KONSEP ‘AESTHETIC’ BAHARU DI MALAYSIA
Dalam memberikan pengalaman beli-belah yang segar, New Balance memperkenalkan konsep baharu pada stor mereka di Malaysia yang terletak di Sunway Pyramid.
15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023
Game. Set. Match! David Beckham, Orlando Bloom, Tom Hiddleston dan Roger Federer antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya off-court klasik penuh gentleman di Wimbledon 2023.
5 REKOD YANG DIPECAHKAN NOVAK DJOKOVIC SELEPAS KEJUARAAN DI ROLAND GARROS 2023
Novak Djokovic mencipta sejarah tenis selepas menjuarai Roland Garros 2023 buat kali ketiga, gelaran Grand Slam ke-23 keseluruhan memintas Rafael Nadal.