Skip to content

KESASAAN CRISTIANO RONALDO DALAM CR7 DENIM

Kongsikan artikel ini

Cristiano Ronaldo tampak sasa dan seksi dalam gambar kempen terbaru jenamanya, CR7 Denim yang mengfokuskan kepada rekaan seluar jean untuk jejaka kontemporari. Pemain bola sepak handalan berusia 32 tahun yang kini bapa kepada 4 cahaya mata sudah lama menawan pasaran fesyen lelaki melalui jenama CR7-nya itu.

Walaupun baru kini gambar-gambar ini dilancarkan (khabarnya penggambaran ini telah dijalankan pada pertengahan tahun ini), namun Cristiano tetap nampak segak dengan kondisi tubuh idaman yang menjadi motivasi setiap lelaki alfa.

Menggunakan tagline ‘The Future of Denim’, yang pasti, gaya pengenalan Cristiano dalam koleksi CR7 Denim ini tetap bercirikan stail peribadi beliau, cuma kini kurang ‘flashy’ untuk menampilkan rekaan yang lebih halus, beridentiti dan fleksibel.

Jelas beliau lagi dalam satu temubual bersama Fashionbeans.com, “Fesyen menjadi kepentingan utama buat saya dan melibatkan diri dalam proses penghasilan koleksi ini benar-benar buat saya teruja. Anda sendiri boleh melihat unsur gaya peribadi saya dalam koleksi ini saya benar-benar terujua melihat semuanya bersatu”.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 November 2017

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut