Skip to content

FATTAH AMIN SAH BERTUNANG DENGAN FAZURA

Kongsikan artikel ini

Spekulasi perhubungan antara Fattah Amin dan Fazura akhirnya terjawab selepas Fattah Amin mengakui sudah menghantar rombongan untuk merisik sekaligus bertunang dengan Fazura pada 13 November lepas. Berita gembira ini disampaikan ketika dalam satu sidang media di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Kedua-dua pelakon ini sepakat untuk merahsiakan berita gembira tersebut atas permintaan keluarga di kedua-dua pihak. Berita gembira ini sekaligus menamatkan spekulasi mereka sudah pun bernikah di Mekah atau Madinah.

Namun, kedua-dua pelakon mohon diberikan peluang dan ruang selepas ini. Walau bagaimanapun, Fattah juga menekankan mereka masih belum menikah dan akan berbuat demikian dalam satu acara tertutup tanpa kehadiran media mahupun peminat. Yang pasti, majlis resepsi pasti akan diadakan suatu hari nanti khas untuk media dan tidak dilupakan peminat-peminat yang tersayang.

“Keluarga saya cukup mementingkan privasi dan fokus utama kami adalah untuk ibadah Umrah selepas itu. Itu sebabnya kami merahsiakan apa yang terjadi pada 13 November. Doakan baik-baik untuk kami”, jelas Fazura lagi.

Tambah Fattah, “Semua ini memang sudah dirancang untuk diberitahu kepada awam selepas pulang dari umrah dan bukan atas alasan terkejar-kejar seperti yang dispekulasi pihak-pihak tertentu. Bila majlisnya akan dimaklumkan kemudian, cuma kami juga seperti orang lain, perlu pergi kursus kahwin dan lain-lain”.

Fazura juga mengakui hatinya akhir terbuka untuk menerima Fattah selepas diajak berbincang untuk berumahtangga berkali-kali oleh Fattah.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 November 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ADIDAS BAWAKAN KOLEKSI BUAT SI COMEL DENGAN GAYA STREEWEAR

ADIDAS BAWAKAN KOLEKSI BUAT SI COMEL DENGAN GAYA STREEWEAR

Bacaan Lanjut
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
TALK TO MY MANAGER 2: KENALI 10 ANAK SELEBRITI YANG SERTAI

TALK TO MY MANAGER 2: KENALI 10 ANAK SELEBRITI YANG SERTAI

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut