Skip to content

‘DIKERJAKAN’ CUCU, TRANSFORMASI FESYEN PENGETUA BERUSIA INI NYATA MENGEJUTKAN

Kongsikan artikel ini

Age does not matter at all! Itu yang kami dapat simpulkan menerusi beberapa keping gambar seorang warga emas yang 'dikerja'kan cucunya selepas dirinya menjadi bahan eksperimen fesyen. Seorang datuk, yang juga pengetua sekolah pencen berusia 84 tahun, Tetsuya akhirnya terjebak dalam kancah fesyen selepas cucunya, Naoya Kudo pulang ke kampungnya di Wilayah Akita untuk melawat bekas guru subjek Kimia ini sempena cuti Minggu Emas Jepun.

Ketika pertemuan itu, Naoya bertanya sama ada datuknya sudi menjadi model pakaian pereka yang baharu dalam industri. Bersetuju dengan cadangan cucunya, mereka berdua meluangkan masa berkualiti bersama dan bereksperimen dengan fesyen. Namun tidak disangka gambar-gambar yang dirakam akan menjadi perhatian malah tular di laman-laman sosial!

Bukan sekadar memperagakan pakaian, Kudo memberitahu BuzzFeed News yang datuknya membantu memilih lokasi penggambaran malah merancang penggambaran bersama-sama. Khabarnya, mereka turut ke padang, pantai berhampiran kediaman Tetsuya, termasuk sekolah yang menjadi tempat warga emas itu bertugas sebagai pengetua dahulu.

Teruja dengan reaksi yang diterima, Naoya membuat keputusan membuka satu akaun Instagram khas buat datuknya dan khabarnya akaun Instagram @SLVR.TTY berjaya menghimpunkan seramai 107,000 pengikut and counting.

Way to go grandpa! Jom kita saksikan gambar-gambar lain yang sempat dirakam.

2 of 7

2 of 7

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

GAYA OFFICE-CORE SACOOR BROTHERS

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut
ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
lokal

5 JENAMA LOKAL INI AKAN UBAH GAYA MINIMALIS ANDA – PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

Bacaan Lanjut
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut