Skip to content

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Kongsikan artikel ini

Selepas menghasilkan lebih 100 koleksi selama 38 tahun, Dries Van Noten bakal mempersembahkan koleksi terakhirnya pada musim panas ini.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Rabu lalu, pereka Belgium itu mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada jenama fesyen miliknya pada bulan Jun.

“Pada awal 80-an, sebagai seorang lelaki muda di Antwerp, impian saya adalah untuk mempunyai suara dalam fesyen. Menerusi perjalanan yang membawa saya ke London, Paris…impian itu menjadi kenyataan. Sekarang saya mahu memberi tumpuan kepada semua perkara yang saya tidak berpeluang lakukan selama ini,” tulisnya.

Ini bermakna koleksi wanita Musim Luruh/Sejuk 2024 yang dipersembahkan pada Minggu Fesyen Paris baru-baru ini adalah rekaan terakhirnya untuk pakaian wanita. Pertunjukan pakaian lelaki terakhirnya akan dipersembahkan pada bulan Jun.

Foto: AP

Menurutnya, jenama yang menjadi milik syarikat mewah Sepanyol Puig pada 2018 ini akan diteruskan di bawah kepimpinan kreatif baharu. Walaupun tidak lagi bergelar pengarah kreatif, dia akan terus terlibat dengan jenama itu menerusi peranan tidak spesifik.

“Saya telah lama membuat persediaan untuk saat ini, dan saya rasa sudah tiba masanya untuk memberi ruang kepada generasi baru berbakat besar untuk merealisasikan visi mereka pada jenama ini,” katanya.

Dries Van Noten Terus Unggul

Jenama Dries Van Noten atau DVN terkenal dengan koleksi unik gabungan Boho kembang beralun dan cetakan avant-garde. Cate Blanchett telah beberapa kali menggayakan jenama ini di karpet merah anugerah berprestij. Begitu juga dengan Maggie Gyllenhaal termasuk di Oscar 2010 dan Florence Pugh di BAFTA 2020.

Nicole Kidman, Margot Robbie, Michelle Obama, Carey Mulligan dan Anna Wintour juga mempunyai momen tidak dilupakan bersama Dries Van Noten. Kirsten Dunst turut menyarung persalinan cetakan cat air DVN ke acara amal baru-baru ini.

Foto: Getty Images

Dries Van Noten yang dibesarkan di Antwerp melancarkan koleksi pakaian lelaki pertamanya pada 1986, diikuti koleksi pakaian wanita dua tahun kemudian. Dia memiliki jenama itu selama tiga dekad sebelum sebahagian besar saham dibeli oleh Puig, pemilik jenama Carolina Herrera, Jean Paul Gaultier dan Charlotte Tilbury.

Di bawah pengurusan firma fesyen terkenal itu, DVN terus berkembang dengan pelancaran rangkaian kecantikan dan wangian. “Sama seperti di taman, anda membuat pilihan apa yang mahu ditanam, dan pada satu ketika, ia akan terus berkembang,” katanya.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI 'FAHSIONISTA' TEMPATAN

LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut
5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut