EKSPLORASI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023 BERSAMA MONTBLANC
Untuk edisi tahun ini, GLAM Lelaki bersama Montblanc mempersembahkan Alphamen 2023 dengan menampilkan koleksi beg dan aksesori kulit Montblanc Extreme 3.0 terbaharu.
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki kembali dengan mempersembahkan Alphamen 2023 untuk meraikan 10 orang hero yang terkemuka daripada pelbagai latar yang berbeza. Dan buat tahun kedua berturut-turut, GLAM Lelaki bekerjasama dengan jenama aksesori kulit ikonik, Montblanc.

GLAM Lelaki Alphamen 2023 menampilkan 10 lelaki hebat yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai latar bidang yang berbeza. Dari fesyen kepada seni hiburan dan juga usahawan, mereka merupakan “Our Heroes”. Kali ini, GLAM lelaki menampilkan Beto Kusyairy, Roberto Guiati, Khoon Hooi, Hugh Koh, dan Tony Eusoff. Tidak ketinggalan senarai tahun ini dilengkapi Tomok, Hisyam Hamid, DJ Blink, Alif Satar dan Dato’ Sri Bernard Chandran.
Koleksi Montblanc Extreme 3.0 Baharu

Barisan Alphamen 2023 telah dirakamkan dalam dua sesi penggambaran yang cukup istimewa. Kali ini, mereka mengayakan koleksi Montblanc Extreme 3.0 yang cukup versatil. Himpunan beg dan aksesori kulit yang ikonik ini menampilkan paten yang tersendiri dan gancu M LOCK 4810 yang bold. Seleksi kulit ini mempunyai seni pembuatan yang berkualiti untuk mengelevasikan gaya harian setiap lelaki. Sama ada ketika kerja, bersukan mahukan eksplorasi kota yang baharu.
Berikut adalah barisan GLAM Lelaki Alphamen 2023 yang memggayakan koleksi Montblanc Extreme 3.0 yang terbaharu:
1. Beto Kusyairy

Jam tangan, MONTBLANC. Jaket, SACOOR BROTHERS.
Pelakon penuh bakat ini terus unggul menyinari bakatnya kepada industri seni lakonan di Malaysia.
2. Roberto Guiati

Beg bimbit & jam tangan, MONTBLANC. Pakaian, SACOOR BROTHERS.
Usahawan asal Itali ini terus unggul meluaskan empayar kulinari cita rasa Itali di Malaysia.
3. Khoon Hooi

Beg silang, MONTBLANC. Pakaian, UNIQLO.
Pereka fesyen tempatan ini terus unggul meluaskan empayar label fesyennya dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.
4. Hugh Koh

Beg silang, MONTBLANC. Pakaian, ALLSAINTS.
Usahawan ini telah membina tapak kariernya dalam landasan streetwear sebagai pengasas bersama Pestle & Mortar Clothing yang cukup popular.
5. Tony Eusoff

Beg bimbit & jam tangan, MONTBLANC. Pakaian, ONITSUKA TIGER.
Pelakon berbakat ini terus unggul mewarnai persada seni lakonan dan teater di Malaysia.
6. Tomok

Beg silang, MONTBLANC. Pakaian, UNIQLO.
Bermula dengan kumpulan New Boyz, penyanyi ini terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.
7. Hisyam Hamid

Beg & jam tangan, MONTBLANC. Pakaian, UNIQLO.
Pelakon kacak ini terus membuktikan kredibiliti dan bakatnya dalam industri seni tanah air.
8. Blink

Jam tangan & beg silang, MONTBLANC. Pakaian, H&M.
Dia merupakan seorang DJ dan usahawan terus menghangatkan persada muzik di dalam dan luar negara.
9. Alif Satar

Beg bimbit, MONTBLANC. Sut, WARDROBE.
Dia merupakan seorang penyanyi, pelakon, usahawan dan pengacara televisyen yang sangat berbakat dalam industri seni di Malaysia.
10. Dato’ Sri Bernard Chandran

Jam tangan, MONTBLANC.
Seorang pereka fesyen legenda yang cukup dihortmati dengan bakat kreatif yang digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
The Library Spirit: Episodes From Around The World

Kempen The Library Spirit kali ini mengfokuskan kepada perpustakaan yang memberikan kuasa inspirasi dari seluruh dunua. Dari London kepada Milan, serta tidak ketinggalan kota New York dan Shanghai. Montblanc mengajak peminat untuk mengeksplorasi identiti kepelbagaian dan dinamik melalui ruang kesusasteraan di kota-kota ikonik ini. Tambahan, ekspresi Montblanc dalam membiaskan keistimewaan setiap lokasi yang mempunyai keunikan tersendiri.
Koleksi Montblanc Extreme 3.0 sudah boleh didapati di semua butik Montblanc di Malaysia, serta butik atas talian di sini.
Baca lebih lanjut: “MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Fazziq Muqris antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
KAPTEN BATIK: MERAIKAN WARISAN BERINSPIRASIKAN GAYA MODEN
Kapten Batik membuka butik utama di The Gardens Mall, meraikan warisan batik Malaysia yang meraikan warisan dan rekaan moden.











