AME 2020, SIAPA SELEBRITI LELAKI PALING STYLISH
SEBELUM 2020 MELABUHKAN TIRAI, ANUGERAH MELETOP ERA (AME) 2020 BERLANGSUNG DENGAN MERIAHNYA. MENYAKSIKAN BARISAN SELEBRITI MERAIH TROFI PELBAGAI KATEGORI. TAK KURANG JUGA YANG HADIR BERGAYA SAKAN. SIAPAKAH YANG SELEBRITI LELAKI YANG HADIR PALING STYLISH?
Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), #AME2020 dihoskan tiga gandingan pengacara sensasi popular, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Zizan Razak.
Tampil dengan tema Yang Epik, Yang Legend, anugerah tersebut menampilkan persembahan daripada barisan artis popular seperti Anuar Zain, Haqiem Rusli, Misha Omar, Andi Bernadee, Aina Abdul, Yonnyboii, Zynakal, dan ramai lagi.
Acara hiburan ini dijadualkan berlangsung pada bulan April lepas, namun akibat krisis pandemik, ia ditunda pada 20 Disember 2020. Ramai selebriti masa kini dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Juga meraikan penerima anugerah mengikut kategori masing-masing.
Setiap pemenang dipilih berdasarkan undian tertinggi dalam kalangan calon Top 5 bagi setiap kategori. Kategori yang paling dinantikan ialah Hos MeleTOP, Drama MeleTOPS, Pelakon MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Penyanyi MeleTOP
Lagu MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan banyak lagi.
Ternyata arus hiburan negara sepanjang 2019 dan 2020 cukup hangat dengan naskhah-naskhah hebat. Serta kecemerlangan anak-anak seni dalam menjayakan kerja seni mereka. Tahniah diucapkan.
Pun begitu, bercerita tentang majlis anugerah, perihal fesyen dan stail menjadi fokus utama. Semalam, kebanyakkan selebriti lelaki yang hadir di #AME2020, bergaya sakan. Sudah ramai selebriti lelaki yang menggunakan khidmat ‘GLAM Team’ untuk menata gaya dan imej mereka. Suatu perubahan yang digalakkan. Namun, ada yang kelihatan ‘on point’ dan ada yang kurang menyerlah. Masih ada yang memilih gaya ‘selamat’ dan juga kelihatan terlalu mencuba. Tidak mengapa, ada masa lain untuk perbaiki gaya yang kurang ‘enak’ itu.
GLAM Lelaki memilih enam selebriti ini yang dikira paling stylish di #AME2020.
- ALIF SATAR

Alif Satar setia dengan rekaan Bon Zainal. Memilih sut hitam klasik sewaktu berjalan di ‘Red Carpet’ AME2020. Rekaannya menepati identiti Alif yang terarah ‘the cool gentleman’. Keseluruhan ‘look’ Alif dihidupkan dengan aksesori kecil, seperti cincin dan jam tangan sebagai pelengkap gaya. A true winner look.
2. SYAFIQ KYLE
Gaya Syafiq Kyle di AME 2020 mendefinisikan ‘the modern tailoring’. Jujurnya, a quite ‘safe’ look, tetapi ada karakter disebaliknya. Menyarung jaket sut DIOR Men hitam yang dilengkapi ‘chest button placket’, mencetus butiran baharu dalam aspek fesyen. Imej Syafiq kelihatan ‘mysterious’ pada malam itu. Syafiq lengkap sepersalinan ‘all black’ dan menampilkan imej barunya yang botak. Tersemat imejan ‘bad boy’, nyata lebih segar buat Syafiq, which we love it more.
3. BEN AMIR

2020 adalah tahun yang baik buat Ben Amir. Baru sahaja meraih trofi “Pelakon TV Lelaki Popular” di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33, dan Ben sekali lagi merangkul trofi “Pelakon MeleTOP” di AME2020. Untuk acara semalam, Ben menampilkan ‘sports luxe’ dalam sepersalinan Louis Vuitton dan jam tangan Bell & Ross. Rekaan yang menggarap siluet baju sukan baseball sarat cetakan, dipertingatkan mutu fesyennya dengan penggunaan material denim. Menyilang beg Louis Vuitton dalam corak camo. Titik fokus gaya karpet merah Ben adalah teletak pada kasutnya. One of the best looks at AME2020.
4. K-CLIQUE

The new fashion squad. K-Clique merevolusikan gaya karpet merah tempatan. Hadir dalam sut-sut warna dan kot trench yang dipadankan dengan variasi aksesori untuk melambangkan perbezaan identiti masing-masing. Pengaruh kuat fesyen hip-hop dinyatakan jelas pada setiap ‘look’ ahli K-Clique. They broke the norms of men’s fashion in the local scene. Good job!
5. MEERQEEN

Wajah baharu fesyen, Meerqeen adalah pelakon baharu pertama yang menyarung rekaan DIOR Men di acara hiburan tempatan AME 2020. Rasanya belum ada lagi pelakon lelaki baharu yang pernah bergaya dalam DIOR Men. Memilih rekaan bermonogram DIOR dan diserlahkan lagi dengan aksesori rantai mutiara, yang mana menjadi trend baharu golongan lelaki. Definitely a yes.
6. ANIQ SUHAIR

The next big star. Aniq Suhair memilih rekaan sut hitam material PVC kilat garapan label Fazbulous. Bentuk badan dan ketinggian Aniq ternyata ‘membantu’ lagi ‘look’ tersebut bring it to another level. Yang mana, tak semua selebriti lelaki Melayu boleh kelihatan stylish dalam penampilan sebegitu. Jikalau salah rupa dan bentuk, it can be a disaster. Sesuai dengan ‘mood’ AME 2020, this look totally the party look.
Sumber gambar: Instagram & Google
Artikel berkaitan: Virtual Party Jadi Agenda Akhir Tahun
Tags
Artikel Yang Berkaitan
YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA
YSL Beauty sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam dunia kecantikan dan budaya pop menerusi penganjuran YSL Beauty Block Party.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.













