FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX
Label fesyen Paris, Dior kini membuka pintu butik terbaharu mereka di Malaysia yang terletak di The Exchange TRX dengan memperkenalkan konsep baharu di rantau Asia.
Destinasi beli-belah yang paling hangat di Kuala Lumpur hari ini dengan barisan jenama-jenama ternama dunia. Terbaharu, The Exchange TRX membuka pintu kepada rumah fesyen Perancis, Dior kepada peminat fesyen yang mahukan kelainan. Ini merupakan butik Dior ketiga di Kuala Lumpur selepas Suria KLCC dan Pavilion KL.
Sebaris dengan butik jenama-jenama high-end antarabangsa, butik Dior terbaharu ini terletak di aras bawah (ground floor) di pusat beli-belah ini. Sejak pembukaan The Exchange TRX pada akhir tahun lalu, pengunjung sudah dapat melihat lokasi butik Dior yang masih dalam proses renovasi. Hari ini, ia sudah dibuka kepada pengunjung dengan memperkenalkan konsep baharu yang pastinya menarik perhatian.
Konsep Baharu Butik Dior Untuk Rantau Asia
Butik dengan keluasan 8100 kaki persegi ini menampilkan konsep baharu untuk pasaran Asia. Melangkah masuk, pengunjung dapat melihat seni dekorasi yang diperkenalkan berlatarkan dinding dalam warna krim. Ia menggabungkan material kayu yang menerbitkan sisi mewah, selain pemilihan karpet yang sepadan dalam mewujudkan susasan yang harmoni. Bahagian lelaki pula memberikan kelainan pada pemilihan karpet biru yang memberikan sisi lebih maskulin.
Selain koleksi pakaian sedia pakai, butik baharu ini menampilkan rangkaian aksesori kulit terhangat seperti beg tangan, kasut dan tali pinggang buat lelaki dan wanita. Tidak ketinggalan, pengunjung dapat melihat seleksi perhiasan kemas, topi dan cermin mata yang ditawarkan musim ini. Antaranya beg tote mini Safari North-South dan kasut sniker B57 terbaharu.
Buat wanita, pengunjung dapat melihat koleksi Cruise 2024 yang berinspirasikan Mexico daripada Pengarah Kreatif Wanita, Maria Grazia Chiuri. Manakala, peminat koleksi lelaki pula boleh mendapatkan himpunan Musim Bunga 2024 daripada Pengarah Kreatif Lelaki, Kim Jones.
Peminat Dior boleh melangkah masuk ke butik terbaharu dengan konsep segar ini bermula hari ini.
Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda.
ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI
ECCO memperkenalkan koleksi kasut inovatif, mengutamakan keselesaan dan kelenturan dengan pilihan tekstil atau kulit.
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU
PUMA Speedcat kembali dengan SPEEDCAT ARCHIVE, ke permukaan jalan dengan dua warna baharu yang diinspirasikan dari arkib. SPEEDCAT ARCHIVE mewakili pendekatan segar pada kasut SPEEDCAT yang ikonik. Kasut ini menjadi teras trend kasut berprofil rendah untuk tahun 2024. Koleksi ini membawa vibe vintaj dengan menggunakan bahan ultra-suede pada bahagian atas, logo sulaman di sisi, dan…
10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024
GLAM Lelaki memperkenalkan sandal lelaki terbaik untuk penampilan yang santai dan gaya dalam setiap langkah.
PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI
Piquadro mempersembahkan koleksi FW24, gabungan sempurna gaya Itali dan teknologi canggih kini dibuka di The Exchange TRX dan IOI City Mall.
5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX
Jika anda ingin mempunyai mersyuarat produktif sambil menikmati hidangan. Temui 5 restoran terbaik di The Exchange TRX yang sempurna.