Skip to content

GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY

GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY

Kongsikan artikel ini

Ryan Reynolds dan Blake Lively mula menjalin hubungan sejak mereka sama-sama membintangi Green Lantern pada 2011.

Kini selepas 13 tahun dan empat cahaya mata, pasangan ini kelihatan lebih mesra dan bahagia. Bagaikan belangkas, mereka sering dilihat bersama dan menyokong kerjaya satu sama lain.

Baru-baru ini Ryan dan Blake mencuri perhatian di tayangan perdana Deadpool & Wolverine di New York City pada 22 Julai. Dua minggu kemudian, Ryan pula muncul di tayangan It Ends With Us sebagai tanda sokongan buat isterinya yang menerajui filem itu.

Sepanjang perhubungan, mereka berjaya mencuri perhatian ramai dengan penampilan fesyen memukau bukan saja menerusi stail karpet merah tetapi juga gaya jalanan.

Lihat beberapa momen fesyen Ryan Reynolds dan Blake Lively

 

Pasangan ini kelihatan elegan di Met Gala 2014 yang menandakan penampilan pertama mereka sebagai pasangan kekasih.

GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY

 

Ryan dan Blake tampil sedondon dalam persalinan hitam putih kala menghadiri Festival Filem Cannes 2014.

GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY

 

Mereka menggayakan persalinan biru dalam tona berbeza ketika acara makan malam di Rumah Putih pada 2016.

GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY

 

Pasangan ini mencuri perhatian hadirin di Met Gala 2017 dalam persalinan memukau mata.

GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY

 

Ryan dan Blake kelihatan sleek dalam persalinan hitam di karpet merah Golden Globes 2017.

GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY

 

Blake memberi penghormatan kepada watak lakonan suaminya menerusi gaun hitam-merah di tayangan perdana Deadpool 2 pada 2018. Ryan pula memilih sut kelabu bersama ves coklat.

 

Setahun kemudian, aktres ini sekali lagi memberi sokongan kepada suaminya dengan mengenakan persalinan rona kuning di tayangan Pokemon: Detective Pikachu. Aktor itu pula memadankan sut klasik dengan ves denim.

 

Power couple Hollywood ini bermain dengan motif cetakan di tayangan The Adam Project pada Februari 2022.

 

Kala menghadiri Met Gala 2022, pasangan ini memukau hadirin dengan persalinan unik.

 

Gaya kasual musim panas pilihan Ryan dan Blake di Festival Filem Tribeca 2022 amat sempurna.

 

Pasangan ini memilih gaya sleek kala muncul di karpet merah tayangan perdana Deadpool & Wolverine pada Julai 2024.

 

Mereka sekali lagi mencuri perhatian di tayangan perdana It Ends With Us pada Ogos 2024 dengan elemen flora.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

Bacaan Lanjut
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut
INTAI KEDIAMAN MEWAH PASANGAN ROMANTIS, MICHAEL DOUGLAS & CATHERINE ZETA JONES

INTAI KEDIAMAN MEWAH PASANGAN ROMANTIS, MICHAEL DOUGLAS & CATHERINE ZETA-JONES

Bacaan Lanjut
5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

5 PELAKON & PENYANYI KANADA TERKAYA DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
RAMPAS TAKHTA RIHANNA, TAYLOR SWIFT KINI PEMUZIK WANITA TERKAYA DI DUNIA

DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT

Bacaan Lanjut
NOKTAH PERKAHWINAN PASANGAN ROMANTIS HOLLYWOOD, JOE MANGANIELLO & SOFIA VERGARA

NOKTAH PERKAHWINAN PASANGAN ROMANTIS HOLLYWOOD, JOE MANGANIELLO & SOFIA VERGARA

Bacaan Lanjut