Skip to content

GAYA MODEST DAN STYLISH NEELOFA YANG BOLEH JADI INSPIRASI

GAYA MODEST DAN STYLISH NEELOFA YANG BOLEH JADI INSPIRASI

Kongsikan artikel ini

Neelofa, satu nama yang sering dipadankan sebagai ikon gaya, fesyen dan gaya hidup yang menjadi ikutan ramai di Malaysia. 

Sudah hampir 16 tahun dalam industri hiburan serta perniagaan, Neelofa masih menjadi salah satu ikon fesyen buat wanita di Malaysia. Selepas penghijrahannya, gaya fesyennya juga upgrade dan kini menjadi ikon fesyen muslimah. Setiap yang digayakan olehnya menjadi trend, padanan yang tepat dan ikonik. Setiap helaian yang digayakan sering menjadi inspirasi dan ikutan ramai. Daripada padanan kasual mewah sehinggalah gaya santai yang tetap berstruktur dan elegan. Inilah bukti bahawa gaya modest tidak pernah membataskan kreativiti, bahkan mampu tampil lebih classy dan relevan mengikut peredaran trend semasa.

#1 All About Miu

Walaupun kini berpurdah, Neelofa masih menjadi ikon fesyen wanita di Malaysia. Gabungan jaket Miu Miu yang digayakan dengan penuh kasual bersama purdah berona putih menjadi satu gaya yang masih cool, namun kekal sopan.

#2 Parka Modest

Set Parka satu tona dari Naelofar ini digayakan oleh pemiliknya sendiri. Cukup selesa dan masih kekal bergaya, Neelofa semestinya ikon dalam menggayakan pakaian yang modest, selesa dan stylish.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

#3 Casually Miu Miu

Menjadi salah satu jenama kesukaan Neelofa, busana dari jenama Miu Miu semestinya sentiasa menjadi pilihannya. T-shirt Miu Miu dipadankan bersama baju lengan panjang bercorak belang menaikkan lagi gayanya. We love a casual outift!

#4 Stripes FTW

Another Miu Miu moment, Neelofa menggayakan kemeja belang bersama tas tangan mini Ivy Miu Miu berona hitam. Walaupun simple, gaya ini sememangnya quiet luxury yang dicari-cari oleh pencinta fesyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

#5 Gaya Safari

Jaket parka, baggy jeans dan bucket hat. Segala item fesyen yang wajib digayakan ketika berada di safari. On top of that, it’s Loewe. Salah satu momen keluarga Neelofa bersama suami dan anak-anak, gaya safari ini sememangnya salah satu gaya ikoniknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Pautan berkaitan: 10 FESYEN ITEM JENAMA TEMPATAN SEBAGAI HADIAH VALENTINE

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SELEBRITI MALAYSIA, KERETA LAGI LAJU DARI GOSIP!

SELEBRITI MALAYSIA, KERETA LAGI LAJU DARI GOSIP!

Bacaan Lanjut

ADA APA DENGAN JEFRI NICHOL?

Bacaan Lanjut
MENGAPA ABDULLAH ABBAS MENJADI PILIHAN HARIS ISMAIL & NEELOFA?

MENGAPA ABDULLAH ABBAS MENJADI PILIHAN HARIS ISMAIL & NEELOFA?

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK PEMILIHAN NAMA PUTERA KEDUA NEELOFA & HARIS ISMAIL

DI SEBALIK PEMILIHAN NAMA PUTERA KEDUA NEELOFA & HARIS ISMAIL

Bacaan Lanjut
NEELOFA & HARIS ISMAIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

NEELOFA & HARIS ISMAIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut
NEELOFA & HARIS ISMAIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

NEELOFA & HARIS ISMAIL MENANTIKAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA?

Bacaan Lanjut